drhalimahali

PENDENGARAN SELCAT PADA 2-4 JUN ISU PASIR

In Uncategorized on May 19, 2010 at 6:33 pm

KENYATAAN AKHBAR

17 Mei 2010

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada mesyuarat yang diadakan pada hari Isnin, 17 Mei 2010, telah memutuskan untuk mengadakan pendengaran awam ke atas tuduhan penyelewengan yang berlaku di dalam anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang mengendalikan perlombongan pasir di Selangor.

SELCAT akan menyiasat perkara tersebut dari segi pentadbiran untuk mengenalpasti samada terdapat kelemahan pentadbiran yang perlu diperbaiki dan diperkuatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor demi memastikan pentadbiran KSSB mematuhi dasar dan arahan Kerajaan.

Pendengaran awam tersebut akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun 2010 dari jam 10 pagi hingga 1 petang. Semua pihak yang terlibat secara langsung akan disaman hadir untuk memberi keterangan kepada SELCAT.

SELCAT berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuh dalam pendengaran awam tersebut dengan membentangkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melicinkan lagi siasatan melalui pendengaran awam tersebut.

Mesyuarat SELCAT yang diadakan pada hari ini telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa SELCAT yang dipengerusikan oleh Speaker merangkap Pengerusi SELCAT, YB Tuan Teng Chang Khim.

Ahli-ahi Jawatankuasa SELCAT yang lain ialah YB Pn Hanizah Talha (PR), YB Tn Azmin Ali (PR), YB Tn Saari Sungip (PR), YB Tn Edward Lee (PR), YB Tn Ismail Sani (BN) dan YB Tn Sulaiman Abdul Razak (BN).

Sekian, terima kasih.

DARREN ONG

Setiausaha Sulit kepada YB Tuan Teng Chang Khim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: