drhalimahali

TRIBULASI : ASAM GARAM PERJUANGAN

In Uncategorized on May 20, 2010 at 3:52 am

‘Ancaman’ Facebook: 5 hari merengkok di penjara

“DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok….jgn aibkan orang, monyet pun jangan.”

Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata ‘kata-kata’ itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.

Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.

“Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.

“Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Badrul, yang jelas ketakutan selepas lima hari ditahan berkata beliau hanya menyedari bahawa Saiful membuat laporan polis selepas membacanya di internet pada keesokan harinya.

“Saya berpendapat yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi ke balai polis Klang pada Jumaat.

“Sarjan yang bertugas berkata dia perlu menyemak sebuah fail berhubung kes itu. Dia kemudiannya memberitahu bahawa saya ditahan,” kata Badrul.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa polis melayannya dengan baik sepanjang penahanan itu tetapi tidak faham mengapa masa yang begitu panjang diperlukan bagi merakamkan kenyataannya itu.

Badrul dibebaskan petang semalam.

Menurutnya, keluarganya juga tidak diberitahu berhubung penahanannya sepanjang lima hari itu.

Joseph Sipalan/MALAYSIAKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: