drhalimahali

Archive for June, 2010|Monthly archive page

SEBELUM TERJUN, TENGOK DULU TAKUT MASUK JURANG

In Uncategorized on June 30, 2010 at 11:43 pm

Sepatutnya, kaji dahulu Perlembagaan serta organisasi UMNO sebelum menjadi ahli UMNO. Ini terbalik. Masuk dulu baru kaji kemudian.

Ulama muda dalam UMNO harus beri tumpuan khusus kepada pegangan serta akhlak pemimpin yang semestinya jadi ikutan para pengikut serta merekalah yang menentukan halatuju serta polisi parti. Jangan lakukan perubahan kosmetik sahaja. Noktah.

Ulama Umno fokus program ‘kukuhkan iman’

Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep “Islam for All” (Islam untuk semua).

“(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

“Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat,” kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Fathul – Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu – diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

“Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi,” kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.

Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya.

“Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu,” katanya ulama dalam bidang hadis itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata “ramai”.

Sementara itu, Fadlan Mohd Osman – yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu – pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

“Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro),” kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

“Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno.”

Jimadie Shah Othman/Malaysiakini

Advertisements

PENGGULINGAN MB SELANGOR: NON-ISU

In Uncategorized on June 29, 2010 at 7:01 pm



Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Beliau berkata, perkara tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti.

“Kedudukan menteri besar memang tak berbangkt. Saya ikuti juga dalam media dan blog tapi saya tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau betul-betul ada, takkanlah tidak dibawa kepada saya.

“Kalau nak gugurkan menteri besar (Khalid) mesti dalam makluman saya kerana saya adalah sedikit pengaruh sama ada nak ganti atau tidak. Perkara ini tidak dibangkitkan sama sekali, yang dibangkitkan supaya program kita untuk merakyatkan ekonomi Selangor mencapai matlamat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Menjelaskan mengenai perletakan jawatan Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Anwar berkata ianya dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugasan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

“Tan Sri Khalid terlalu banyak dibebani dengan tanggungjawab seperti menjaga soal pelaburan, diminta untuk menjaga Wilayah termasuk Kampung Baru. Jadi beliau minta untuk melepaskan tugas parti.

“Setelah berbincang, kita minta YB Azmin jaga Selangor dan Datuk Zaid jaga Wilayah.

“Sebab banyak tanggungjawab di negeri ini khususnya, banyak kerja yang dibuat jadi kita pertimbangkan keadaan tersebut dan bagi saya itu tidak ada masalah,” katanya lagi.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan dan kekosongan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Hazayani Zakaria /Harakahdaily

REKOD BARU:14781 MEMBACA SERENTAK SELAMA SEJAM SECARA SANTAI

In Uncategorized on June 28, 2010 at 9:27 am

Jangan salah guna ilmu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat agar tidak menyalahgunakan ilmu pengetahuan untuk memusnahkan masyarakat dan merosakkan negeri, sebaliknya digunakan untuk kebaikan diri sendiri.

Baginda juga menyeru kepada seluruh rakyat jelata agar banyak membaca buku ilmu pengetahuan dan tidak hanya membaca majalah gosip atau bahan bacaan yang berbentuk hiburan.

Baginda turut menasihatkan ibu bapa agar menggalakkan anak-anak rajin membaca di rumah selain memastikan mereka menguasai pelbagai bahasa melalui pembacaan terutama bahasa Inggeris.

Tuanku bertitah, usaha ini perlu dilakukan kerana kebanyakan buku ilmiah dan buku pengetahuan ditulis dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global serta membolehkan rakyat berkomunikasi dengan semua negara.

Bagaimanapun, baginda menasihatkan ibu bapa agar tidak mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan yang mesti disanjung oleh rakyat Malaysia.

“Selain bahasa Inggeris, dengan mengetahui banyak bahasa lain memberi kelebihan kepada kita kerana banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita peroleh.

“Beta berharap usaha ini dapat mendidik dan menyedarkan rakyat betapa pentingnya membaca dan faedah yang diperoleh daripada aktiviti membaca ini,” titah baginda.

Baginda bertitah sempena perasmian Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor dan Pesta Buku Selangor 2010 di Taman Tasik Shah Alam semalam.

Baginda turut berharap konsep Hari Ilmu dan Gerakan Membaca bersama keluarga mampu melahirkan rakyat yang bijak dan berkualiti serta menjadikan negeri Selangor sebagai pusat pencarian ilmu.

“Rakyat mestilah faham bahawa ilmu pengetahuan tidak datang kepada kita dengan sendirinya tetapi kita hendaklah berusaha untuk mencarinya dengan membaca buku-buku ilmu pengetahuan yang berkaitan.

“Janganlah kita memandang perpustakaan sebagai satu tempat yang membosankan tetapi hargainya semua koleksi di setiap ruang perpustakaan yang begitu bernilai, berharga dan akan menjadi khazanah kelak,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, kaji selidik perlu dibuat supaya tabiat membaca rakyat dapat dipertingkatkan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat dengan menyediakan tempat membaca serta kemudahan bahan bacaan.

“Beta berharap kita tidak hanya bersungguh-sungguh ketika kempen membaca diadakan sahaja. Selepas itu, amalan mencari ilmu dan membaca terus diabaikan. Tetapi perlu disematkan di jiwa kita untuk mencari ilmu dengan membaca sepanjang hayat.” titah baginda.

Sinar Harian

MODAL LAMA DIGUNAKAN UNTUK ALIH PERHATIAN

In Uncategorized on June 24, 2010 at 10:20 am

Difahamkan bahawa Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin (kiri) didakwa telah memberikan penjelasan tentang ‘hubungan’ Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara kepada pegawai yang hadir dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu.


Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang ‘hubungan’ Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.

Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin (kiri) didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan ‘lingkaran’ itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri), mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata: “Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

“Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami,” kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi (kanan) dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.

“Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

“Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) (bawah, kiri) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

“Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu,” tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, “namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

‘Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai,” tegas Dr Mohd Asri (bawah, kanan) dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri “seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas”.

“Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

“Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

“Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit,” tambah mereka

Jimadie Shah Othman / Malaysiakini


PENGGANAS:PAS TUNTUT KERAJAAN, PDRM DAN ZAMIHAN MOHON MAAF

JI: Sandiwara Najib yang tidak meyakinkan

Zamihan: Bukan saya kaitkan Hadi, Shahidan, Juanda

KE MANA PERGINYA NAKHAEI, FAISAL, FIRDAUS SETELAH MENYERTAI UMNO

In Uncategorized on June 21, 2010 at 11:04 pm

{PERLEMBAGAAN UMNO}

Ulama pewaris Nabi dan golongan Ulama yang takutkan ALlah sudah tentu TIDAK sama sekali berjuang atau bersekongkol dengan golongan yang mempersenda dan menafikan Hak-hak Allah di atas muka bumi ini meskipun atas niat atau tujuan STRATEGI DAKWAH. Dari kategori pewaris Nabi dan golongan yang takutkan Allah mereka ini akan bertukar menjadi golongan ULAMA JAHAT serta penjual ayat-ayat Allah sekaligus menjadi musuh ALLah dan Jamaah Islam.

Berjuang bersama puak-puak yang tidak yakin dengan saranan, janji serta ancaman azab ALlah atas alasan untuk menjaga kesatuan juga tidak boleh diterima kerana kesatuan serta bersatu padu hanya di atas tali ALlah.

Asri belum putus sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini,” tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

“Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

“Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas,” tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.

Abdul Rahim Sabri/malaysiakini

Umno sudah temui Dr Asri

Beberapa pemimpin Umno telah menemui Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi melamar bekas mufti Perlis itu bagi menyertai parti mereka.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengannya, pertemuan melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno itu telah beberapa kali berlangsung.

“Beberapa lagi siri pertemuan akan diadakan selepas ini,” kata sumber-sumber yang maklum tentang usaha Umno itu.

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan. Selanjutnya di SINI

PEPERIKSAAN PMR DAN UPSR AKAN DIMANSUHKAN

In Uncategorized on June 21, 2010 at 9:57 pm

Dicadangkan supaya dilakukan kajian terperinci, menyeluruh serta bebas sebelum sebarang keputusan dibuat. Kita tak mahu fenomena pepatah Melayu “sekali air bah, sekali pantai berubah” berlaku terhadap sistem pelajaran serta pendidikan di negara ini. Setiap Menterio Pendidikan maghu ideanya diterapkan dalam sistem pendidikan yang mana akhirnya dimansuhkan oleh menteri yang datang selepas itu.

Masih ingatkah bagaiman sistem tulisan jawi, kelas lompat di sekolah rendah sebagai contoh diperkenalkan atau dimansuhkan kemudian.

Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Bernama/malaysiakini

JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE

In Uncategorized on June 18, 2010 at 9:05 pm

Jew vs. Jew: The Religious Conflict Tearing at Israel

By MATTHEW KALMAN / JERUSALEM/ Time.com

Israel’s domestic culture war between religious communities and the secular courts took to the streets, Thursday, as tens of thousands of ultra-orthodox Ashkenazi (European) Jews paralyzed the streets of Jerusalem and the Tel Aviv suburb of Bnei Brak in a protest march. The target of their outrage was the imprisonment of 43 couples for refusing to allow their daughters to attend a religious school where they would have to mix with the daughters of religious Mizrahi Jews (a term sometimes conflated with Sephardi and referring to those who hail mainly from the Arab world). Dressed in their Sabbath finery of tall fur hats and delicately-embroidered long black silk coats, men bound for prison were carried shoulder high by a dancing, singing throng through the streets of Jerusalem to the city’s Russian Compound police headquarters. Some wore a red sash emblazoned with the legend “Holiness for the sake of heaven.”

“We are going with gladness in our hearts,” said Rabbi Eliahu Biton as he walked towards jail, although 22 of the convicted women and four of the men failed to appear.

The parents at the center of Thursday’s drama, followers of Rabbi Shmuel Berzovsky who leads the tiny Slonimer Hasidic sect, chose two weeks in jail rather than send their daughters to the Beis Yaakov school near their homes in the religious West Bank settlement of Emanuel. Their reason? At the school, the Ashkenazi kids would mingle with religious Mizrahi kids, some of whom come from more secular extended families and therefore, say the Slonimers, could expose their sheltered daughters to unwanted influences from the wider world. And their imprisonment was the culmination of a two-year battle between the ultra-Orthodox sect, which effectively controls the school, and Israel’s secular Supreme Court. Before the Beis Yaakov controversy, few people had heard of the Slonimer, named for the town in Belarus where their first rabbi lived 200 years ago, and the sect’s internal power struggle between rival leaders in Jerusalem and Bnei Brak. But the fight over the schoolgirls has united the tiny group and transformed it into the latest torchbearers of a festering feud between the ultra-orthodox and the secular establishment. (See pictures of Jerusalem and its divisions.)

Thursday’s demonstration was the largest in Jerusalem since ultra-orthodox protesters gathered in similar numbers in 1999 in a show of strength against the supposed anti-religious bias of Israel’s Supreme Court. A decade on, the gap between the two entities is wider than ever, with running debates over such issues as the power of religious courts, state subsidies for religious students, religious exemption from military service and access to public roads on the Sabbath.(How the Sephardim gained political clout in Israel.)

In August 2009, the Supreme Court ruled that a separate stream created in Beis Yaakov school two years ago for the Slonim amounted to “rampant discrimination” against the rest of the pupils, who are 95% Mizrahi. The court ordered the school, which is financed by the state, to remove the physical barriers and integrate the classes. For six months, the parents defied the court. When the barriers finally came down, 43 families removed their daughters and then sent them to another state-funded school in Bnei Brak, an hour’s drive away. But parents are not allowed to move their kids from one school to another in the middle of a school year without permission from the education authorities, and their departure left the Beis Yaakov school with too few kids to be viable.

On Tuesday, the Supreme Court ruled that the parents must return their daughters to the now desegregated school by Thursday or report to jail.

The open defiance of the parents led opposition leader Tzipi Livni to wonder aloud at the future of the rule of law in Israel and the deafening silence of government ministers scared of offending ultra-orthodox parties that hold the balance of power. “I have heard that there is a group of people who have said ahead of time that they refuse to accept a Supreme Court decision,” Livni told supporters this week. “There is no room for such declarations in a democratic state. I am not a fan of the Supreme Court’s involvement in all issues, but when the political and state leadership does not accept decisions based on the values of the State of Israel, the Supreme Court has no choice.”

Aviad Hacohen, the lawyer who filed the Supreme Court petition on behalf of Yoav Lalum, chairman of the Noar Kahalacha association, which battles ethnic discrimination in religious schools, tells TIME that the Slonimer refusal to have their kids attend school with the Mizrahi girls has resulted in the school excluding dozens of Mizrahi girls since last Fall. And, he warns, the problem in Emanuel is the tip of an ultra-orthodox iceberg threatening to sink the rule of law in Israel.

“This can lead to real anarchy,” says Hacohen. “I hope the rule of law will prevail, otherwise it won’t stop with the ultra-Orthodox and others will do the same. I wish I could tell you the law will win, but I’m not sure”.

PERGINYA SEORANG MUJAHID

In Uncategorized on June 15, 2010 at 12:36 am

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

“Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang,” cerita Naznah.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

HARAKAHDAILY

MUKTAMAR PAS KE 56: INTISARI UCAPAN PENANGGUHAN

In Uncategorized on June 13, 2010 at 10:07 pm


Ucapan penangguhan pimpinan PAS Pusat

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun:

1.15 petang: Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan perwakilan agar tidak risau dengan perkembangan terbaru PAS iaitu penubuhan DHPP kerana menurutnya apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Islam.

“PAS menawarkan keadilan ini kerana jaminan yang diberikan oleh Islam itu sendiri”.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para blogger yang hadir dan membuat laporan yang betul.

Beliau juga mengingatkan para blogger agar tidak menyalahgunakan blog untuk tujuan fitnah.

1.01 petang: Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyifatkan Pakatan Rakyat telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat apabila dalam pentadbiran yang belum sampai tiga tahun, PR telah berjaya mengumumkan 25 dasar umum yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP.

PAS juga katanya berjaya melaksanakan cadangan yang dilontarkan pimpinan terdahulu yang sukar diterima ketika itu.

Beliau juga mengingatkan pimpinan dan ahli agar tidak melupakan prinsip utama PAS iaitu dakwah dan siasah.

“Semua keputusan yang dibuat dalam PAS dibincangkan secara berjemaah dan menunjukkan kemurnian majlis Syura dalam PAS”, katanya.

12.47 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS harus bijak mencari rakan strategik untuk bersama-sama dengan parti menentang Umno Barisan Nasional.

Beliau yakin NGO yang terdapat di Malaysia boleh bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membawa agenda ke arah sebuah negara demokrasi.

12.40 tengah hari: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mengucapka terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada perjuangan PAS.

Beliau berkata tanpa sumbangan ahli dan penyokong PAS tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos pentadbiran.

12.30 tengah hari: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad memberi respon kepada cadangan perwakilan yang mahu penerangan PAS diperkasakan ke kawasan pedalaman.

Beliau berkata penerangan sentiasa menyediakan risalah-risalah untuk diedarkan kepada masyarakat pedalaman termasuk tidak meninggalkan program ceramah yang merupakan program utama penerangan.

Beliau turut memberitahu penerangan pusat akan turun ke negeri-negeri bermula 24 Julai sehingga 1 Ogos untuk berjumpa dengan penerangan negeri.

12.10 tengah hari: Datuk Dr. Mahfudz Mohamed, Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS berharap lebih ramai lulusan agama menyertai dewan ulama’ kerana ujarnya dewan ulama’ berbeza dengan dewan pemuda dan muslimat.

“Ahli Dewan ulama’ mestilah berlatar belakangkan pendidikan agama berbeza dengan pemuda dan muslimat yang secara automatik boleh menjadi ahli apabila cukup usia.”

Beliau juga mengalu-alukan penyertaan ulama daripada wanita.

Beliau juga berkata dewan ulama’ sedang merangka satu garis panduan kepada DHPP mengenai hukum hakam dalam Islam.

11.53 pagi: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memberitahu pemuda Pakatan Rakyat sedang menggerakkan Gerakan Mendaftar Pengundi Baru (GEMPA) ke seluruh negeri bagi memastikan golongan muda didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau berharap GEMPA bukan sahaja menjadi agenda pemuda tetapi harus juga dijadikan agenda parti.

Beliau juga berkata pemuda sedang menggiatkan usaha mendekati golongan belia melalui pelbagai program yang dianjurkan.

Berhubung himpunan membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau menyeru seluruh ahli turun bersama-sama menyatakan sokongan.

“Kalau dewan ulama’ dan dewan muslimat telah menyatakan kesediaan maka kami pemuda menyeru seluruh ahli agar turun bersama-sama menyatakan bantahan.

11.41 pagi: Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh menghargai penghargaan yang diberikan semua pihak kepada gerak kerja muslimat.

Beliau menyeru ucapan dasar presiden mengenai penglibatan muslimat bersama muslimin diberikan perhatian serius.

Sehubungan itu beliau berharap para suami yang merupakan ketua keluarga membenarkan isteri masing-masing bergerak kerja dengan parti selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

11.18 pagi: Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat memberitahu Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) akan dilancarkan pada 20 Jun ini bagi memberikan latihan mengenai gerak kerja pilihanraya kepada ahli.

Beliau berharap yang dipertua setiap kawasan menggerakkan jabatan pilihanraya negeri untuk menghadapi pilihanraya.

Beliau turut menekankan mengenai daftar pemilih muda yang masih belum dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pendaftaran golongan muda mesti ditingkatkan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, amat sukar untuk PAS memenangi beberapa negeri”, katanya.

11.16 pagi: Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman menyerahkan hasil kutipan dana Palestin kepada presiden PAS.

10.55 pagi: Datuk Abu Bakar Chik menekankan aspek pendidikan moral masyarakat yang semakin meruncing dan harus diberi perhatian serius.

Beliau berkata PAS perlu mengambil inisiatif menangani masalah pendidikan moral masyarakat melalui khidmat runding cara.

Beliau yakin PAS di setiap kawasan dan negeri amat menitik beratkan aspek pendidikan dan akhlak masyarakat.

Mengenai DHPP pula, beliau memberitahu telah pun mengatur beberapa pertemuan dengan persatu Cina dan Tamil bagi membincangkan aspek pendidikan pelbagai kaum.

Beliau turut menggesa Lajnah Pendidikan diperkasakan di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja.

10.37 pagi: Dr. Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mewakilkan Dr. Siti Mariah Mahmood untuk menyampaikan ucapannya kerana beliau tidak sihat.

Lo’ Lo’ dalam ucapannya menyeru skuad prihatin ditubuhkan di setiap negeri dan menjalankan gerak kerja mendekati rakyat sepanjang masa bukan hanya ketika ada pilihanraya sahaja.

Seterusnya beliau menekankan mengenai tahap kebersihan masjid dan kawasan sekitar.

Katanya, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya aspek kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

10.28 pagi: Anuar Tahir dalam ucapannya memohon pimpinan semua negeri mengaktifkan kembali Lajnah Pekerja yang dilihat semakin sepi.

Ini kerana ujarnya, PAS bertanggungjawab membela nasib pekerja kerana mereka adalah aset negara.

“Pekerja adalah jantung negara dan pekerja-pekerja inilah yang memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

10.11 pagi: Hanipa Maidin mengulas idea yang dikemukakan perwakilan Tambun untuk menyaman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas isu APCO.

Beliau berkata seboleh-bolehnya PAS mengelakkan daripada berbuat demikian kerana mendakwa mahkamah Malaysia ‘tidak boleh diharap’.

Menyentuh mengenai isu kezaliman zionis pula, beliau berkata kezaliman itu harus dikaitkan juga dengan Umno.

Ini kerana menurutnya, mengikut pengalaman beliau menyoal jawab pihak polis yang menjalankan tugas menahan pimpinan PAS yang terlibat dengan demonstrasi, mereka mengakui tindakan itu dilakukan atas arahan Umno BN.

Selain itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan untuk meluahkan pandangan dan mengaplikasikan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan.

9.58 pagi: Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang merupakan pengerusi Lajnah Antarabangsa menjelaskan kepada perwakilan mengenai komitmen PAS dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara luar.

Beliau berkata, PAS melalui Yayasan Amal menghantar misi kemanusiaan ke setiap wilayah yang bergolak seperti Thailand, Acheh, Mindanao dan yang sedang hangat iaitu Palestin.

9.43 pagi: Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya memfokuskan kepada penubuhan DHPP.

Beliau memberi jaminan bahawa segala yang akan dilakukan oleh DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip dan dasar parti.

“Bukan senang untuk menubuhkan DHPP ini. Perjalanannya panjang, bermula daripada kelab Penyokong PAS.”

“Saya memberi jaminan bahawa apa sahaj tindakan DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip parti.”

Beliau juga memberitahu, Lajnah Perpaduan Nasional akan turun ke setiap negeri untuk memberikan penjelasan mengenai aturan dan peratuaran DHPP.

Selain itu, taklimat juga akan diberikan kepada ahli DHPP mengenai PAS agar mereka lebih jelas.

“Kita minta PAS setiap negeri menjadi fasilitator untuk program yang kita atur ini”, katanya.

9.34 pagi: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam ucapannya menjelaskan persoalan perwakilan mengenai isu Felda dan isu tanah di Sabah.

Beliau memberitahu satu NGO baru akan ditubuhkan selain ANAK iaitu Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka.

Selain itu, beliau memaklumkan himpunan warga Felda akan diadakan di Pasir Salak pada 1 Ogos depan, sekaligus melancarkan NGO.

Mengenai isu tanah bumiputera di Sabah, beliau memaklumkan sedang mengatur satu himpunan raksasa di Sabah yang akan turut disertai presiden PAS dan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendesak kerajaan negeri mengembalikan tanah mereka.

9.20 pagi: Ucapan penangguhan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau memberitahu BERSIH akan terus mewujudkan mood rakyat menjelang PRU-13 dengan membawa dua isu besar iaitu mengenai undi pos dan negara menuju ke arah bankrap.

“BERSIH memulakan gerak kerja dari sekarang untuk meningkatkan mood rakyat untuk menolak BN”.

Beliau turut melancarkan tabung bantuan untuk membina sekolah dan masjid di Gaza dan hasil derma itu akan diserahkan oleh presiden kepada pihak Palestin.

9.08 pagi: Ucapan penangguhan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dalam ucapannya, beliau berkata PAS mengorak langkah dalam melakukan perubahan dengan menubuhkan Lajnah Seni dan Budaya PAS.

Ujarnya, lajnah berkenaan berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS apabila semakin ramai penggiat seni berada dalam PAS.

“Penggiat seni dan budaya selesa dengan penampilan PAS sekarang ini. Kita ingin tonjolkan kesyumulan Islam melalui hiburan yang pelbagai”.

Ujarnya juga, Penampilan PAS ini menimbulkan kegerunan dikalangan Umno Barisan Nasional.

8.50 pagi: Datuk Seri Muhammad Nizar dalam ucapannya menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS membuang sifat perkauman.

Ini kerana ujarnya rahsia orang bukan Islam di Perak menyokong PAS adalah kerana mereka selesa dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan PAS.

“Ayuh buangkan sifat perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan kita”, katanya.

Beliau juga berkata, sokongan orang bukan Islam terhadap PAS tidak harus dipersiakan.

“Jangan tonjolkan elemen perkauman. Sokongan bukan Islam perlu dipelihara sebaik mungkin”

Harakahdaily

ENAM USUL DIBAHASKAN DI MUKTAMAR KE 56

In Uncategorized on June 13, 2010 at 11:54 am

Perbahasan: Perwakilan tonjolkan kematangan PAS

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat mutu perbahasan yang ditunjukkan para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 tahun ini menunjukkan kematangan ahli PAS itu sendiri.

Katanya, isu yang dibangkitkan oleh perwakilan dilihat suatu yang segar dan membina dan dibuat secara bersedia demi melihat parti terus gah dipersada politik tanah air.

Lebih penting katanya, para perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini mampu membawa isu yang berbeza-beza merangkumi pelbagai aspek dalam PAS itu sendiri.

“Wakil-wakil adalah orang yang memang mampu dan isu-isu yang dibawa adalah isu negeri yang berbeza antara setiap negeri,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kematangan perwakilan juga katanya seiring usia muktamar PAS pada tahun ini yang memasuki kali ke 56.

Perbahasan hari ini masuk hari kedua selepas perbahasan ucapan dasar presiden selesai sesi sebelah pagi tadi dan diikuti pembentangan dan perbahasan usul-usul.

Sebanyak enam usul dibentangkan kepada paerwakilan untuk dibahaskan pada petang ini.

Ianya termasuk usul pindaan perlembagaan berhubung perkara bayaran pendaftaran ahli, usul kedaulatan negara berhubung penyerahan blok L dan M kerajaan Malaysia kepada Brunei dan usul memansuhkan judi sukan.

Tiga lagi usul adalah berkaitan pemerkasaan parti berkaitan sokongan bukan Islam, usul Palestin berhubung mengutuk kekejaman tentera Israel yang menyerang konvoi antarabangsa ke Gaza dan usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Enam usul diluluskan sebulat suara

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Sidang muktamar bermula jam 2.35 petang. Sebanyak enam usul akan dibahaskan pada petang ini.

5.45 petang: Sidang ditangguh sehingga esok pagi.

5.43 petang: Usul keenam diterima dengan sebulat suara.

5.35 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong usul dengan berkata PAS perlu meningkatkan sokongan orang Islam, bukan Melayu.

5.30 petang: Perwakilan Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria sebagai menyokong usul tersebut menyeru seluruh pimpinan melakukan perubahan untuk meningkatkan penguasaaan parti.

5.24 petang: Perwakilan Kubang Pasu, Ustaz taib Haji Ahmad menyokong usul tersebut iaitu pas melalui jabatan pilihanraya pas pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan, jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

5.13 petang: Dr Hamzah Jaafar, perwakilan Jerantut membentangkan usul keenam iaitu persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Usul tersebut merupakan gabungan usul kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam.

Usul tersebut mengambil ketetapan supaya PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara.

5.10 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

4.55 petang: Perwakilan DPPP, Ustaz Ridhuan Mohd Nor turut menyokong usul dengan meminta para perwakilan menyoroti sejarah PAS dalam membawa isu Palestin.

Beliau memberi contoh bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa isu ini ke peringkat antarabangsa.

4.45 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyatakan sokongan dan mendakwa perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan perubahan terhadap dasar luar negara dengan melantik APCO sebagai penasihat.

4.38 petang: Perwakilan Kuala Kedah, Ustaz Ridzuan Abu Bakar menyatakan sokongan penuh kepada usul dewan muslimat.

4.20 petang: Perwakilan dewan muslimat PAS pusat, Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan usul kelima mengenai Palestin.

DMPP mengutuk keras tindakan biadap tentera Israel ke atas misi kemanusiaan Gaza.

DMPP menyokong penuh warga Palestin yang berjuang menegakkan keadilan yang diceroboh oleh Zionis Israel dan bersedia untuk membantu dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.

4.18 petang: Usul keempat diterima dengan sebulat suara.

4.11 petang: Perwakilan Kota Belud, Mohd Farhan Abdullah menyatakan sokongan.

Beliau merupakan bekas penganut Kristian yang memeluk Islam setelah melihat keadilan dalam Islam dan kini merupakan pendakwah bebas.

Sebelum itu tiga perwakilan turut menyokong usul tersebut.

3.50 petang: PAS kawasan Rembau menyokong usul pemerkasaan parti.

3.44 petang: Syed Abdul Kadir Al-Joofre, perwakilan Dewan Ulama’ membentangkan usul keempat iaitu pemerkasaan parti.

Ini kerana dewan ulama’ menyedari bahawa kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan strategi PAS melaksanakan Tahalluf Siyasi telah mula menunjukkan hasil dengan sokongan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini.

3.42 petang: Usul ketiga diterima.

3.26 petang: Perwakilan Jerlun bangun meminta usul ketiga disokong.

Seterusnya perwakilan Tebrau, Shamsul Bakri turut menyatakan sokongan.

3.18 petang: Usul ketiga daripada dewan pemuda PAS pusat dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari iaitu memansuhkan judi sukan.

Usul ini timbul apabila menyedari bahawa kerajaan Malaysia telah lama meluluskan judi sukan dan sedang dalam proses menganugerahkan lesen tersebut kepada Ascot Sports Sdn. Bhd.

Justeru DPPP mendesak pihak kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

DPPP mendesak PAS pusat memobilisasi semua rakyat Malaysia turun ke himpunan 100 Ribu Mansuhkan Judi Bola pada 3 Julai ini.

3.16 petang: Usul kedua diterima dengan sebulat suara.

3.12 petang: Perwakilan Tambun membahaskan usul diikuti perwakilan Tampin. Kedua-duanya menyokong usul tersebut.

2.55 petang: Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub membentangkan usul kedua iaitu mengenai kedaulatan negara.

Antara hujah yang diutarakan beliau ialah tanah dalam khazanah negara adalah hak milik negara dan rakyat di negara ini.

Justeru katanya, memberikan tanah dan khazanah negara kepada orang lain adalah jenayah dan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.

Beliau juga berkata tinadalan kerajaan mengambil penasihat negara daripada Zionis Yahudi APCO adalah satu pengkhianatan kepada negara dan keselamatan negara.

Beliau mendesak supaya perkara yang penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus melalui seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.

2.54 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

2.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membentang usul yang pertama mengenai pindaan perlembagaan PAS

Harakahdaily