drhalimahali

REKOD BARU:14781 MEMBACA SERENTAK SELAMA SEJAM SECARA SANTAI

In Uncategorized on June 28, 2010 at 9:27 am

Jangan salah guna ilmu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat agar tidak menyalahgunakan ilmu pengetahuan untuk memusnahkan masyarakat dan merosakkan negeri, sebaliknya digunakan untuk kebaikan diri sendiri.

Baginda juga menyeru kepada seluruh rakyat jelata agar banyak membaca buku ilmu pengetahuan dan tidak hanya membaca majalah gosip atau bahan bacaan yang berbentuk hiburan.

Baginda turut menasihatkan ibu bapa agar menggalakkan anak-anak rajin membaca di rumah selain memastikan mereka menguasai pelbagai bahasa melalui pembacaan terutama bahasa Inggeris.

Tuanku bertitah, usaha ini perlu dilakukan kerana kebanyakan buku ilmiah dan buku pengetahuan ditulis dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global serta membolehkan rakyat berkomunikasi dengan semua negara.

Bagaimanapun, baginda menasihatkan ibu bapa agar tidak mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan yang mesti disanjung oleh rakyat Malaysia.

“Selain bahasa Inggeris, dengan mengetahui banyak bahasa lain memberi kelebihan kepada kita kerana banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita peroleh.

“Beta berharap usaha ini dapat mendidik dan menyedarkan rakyat betapa pentingnya membaca dan faedah yang diperoleh daripada aktiviti membaca ini,” titah baginda.

Baginda bertitah sempena perasmian Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor dan Pesta Buku Selangor 2010 di Taman Tasik Shah Alam semalam.

Baginda turut berharap konsep Hari Ilmu dan Gerakan Membaca bersama keluarga mampu melahirkan rakyat yang bijak dan berkualiti serta menjadikan negeri Selangor sebagai pusat pencarian ilmu.

“Rakyat mestilah faham bahawa ilmu pengetahuan tidak datang kepada kita dengan sendirinya tetapi kita hendaklah berusaha untuk mencarinya dengan membaca buku-buku ilmu pengetahuan yang berkaitan.

“Janganlah kita memandang perpustakaan sebagai satu tempat yang membosankan tetapi hargainya semua koleksi di setiap ruang perpustakaan yang begitu bernilai, berharga dan akan menjadi khazanah kelak,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, kaji selidik perlu dibuat supaya tabiat membaca rakyat dapat dipertingkatkan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat dengan menyediakan tempat membaca serta kemudahan bahan bacaan.

“Beta berharap kita tidak hanya bersungguh-sungguh ketika kempen membaca diadakan sahaja. Selepas itu, amalan mencari ilmu dan membaca terus diabaikan. Tetapi perlu disematkan di jiwa kita untuk mencari ilmu dengan membaca sepanjang hayat.” titah baginda.

Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: