drhalimahali

PERKHIDMATAN KESIHATAN TANGGUNGJAWAB SIAPA

In Uncategorized on July 14, 2010 at 4:01 am

KENYATAAN MEDIA
13 JULAI 2010


MASA DEPAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MALAYSIA : KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT MALAYSIA

PERUNTUKAN KESIHATAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Menurut bajet 2009, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM 13.6 billion untuk kesihatan. Jumlah ini kelihatan besar jika dibandingkan dengan jumlah RM 1 billion pada tahun 1983.

Merujuk kepada artikel NST (11/07/2010) “Healthcare for FREE”

““The annual healthcare budget for the ministry escalated from RM1 billion in 1983 to RM13.7 billion in 2009. In contrast, the total healthcare revenue collected does not amount to even five per cent of the annual healthcare expenditure.”

Kerajaan Negeri Selangor menekan bahawa isu peruntukan Kesihatan bukan isu jumlah perbelanjaan, tetapi sebaliknya adalah isu jumlah peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK/”GDP”) yang di peruntukan untuk Kesihatan.

Menurut WHO atau World Health Organisation, negara-negara yang sedang membangun harus memperuntukkan 6-7% daripada KDNK mereka untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat mereka.

Dengan KDNK yang kini melebihi RM500 bilion Malaysia sekarang hanya membelanjakan disekitar 2% daripada KDNK untuk perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia !!

CADANGAN DARI SEMINAR KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pendirian utama Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Persekutuan tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka untuk menjamin perkhidmatan kesihatan yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
1. Meningkatkan bajet peruntukan perkhidmatan kesihatan.
2. Meningkatkan gaji dan memperbaiki “working conditions” bagi pekerja-pekerja sektor kesihatan.
3. Meninjau semula subsidi yang kini diberikan kepada sektor swasta (syarikat insurans dan hospital swasta)
4. Hentikan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan di Hospital Awam.
(semua cadangan yang terperinci boleh didapati dalam laporan Kerajaan Negeri)
SKIM PEMBIAYAAN KESIHATAN KEBANGSAAN (SIKK)/ NATIONAL HEALTH FINANCING SCHEME (NHFS)
Merujuk kepada NHFS yang diwar-warkan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini.

1. Kerajaan Selangor ingin bertanya kepada Menteri bagaimana Kerajaan Persekutuan akan mengutip wang dari rakyat Malaysia untuk perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, apabila hanya 10% daripada rakyat Malaysia menerima gaji dan membayar Cukai Pendapatan. (Only 10% of Malaysians pay Income Tax)

2. Adakah NHFS akan berfungsi secara menyeluruh dimana semua perkhidmatan kesihatan akan jatuh dibawah NHFS?
Contohnya : Cataract, Dialysis, Pembedahan-pembedahan dan Kos Kemasukan Hospital (‘Hospitalisation’)

3. Adakah terma rujukan Menteri mewajibkan Menteri berbincang dan mendapat idea dan maklumbalas NGO, dll kumpulan masyarakat supaya dapat mengambilkira pandangan kami sebelum memberi keputusan Menteri? Bolehkah Kerajaan Selangor dapat appointmentp berjumpa dengannya?

YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: