drhalimahali

BUMBUNG TERBANG DUIT MELAYANG KONTRAKTOR GIRANG

In Uncategorized on July 23, 2010 at 9:02 am

Kerajaan persekutuan dalam projek mee segera berikutan kekosongan kerusi Parlimen Ulu Selangor telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.

Belum sampai setahun bumbung terbang setelah hampir RM20 juta melayang. Bila lagi kita nak belajar dari kesilapan silam…..

S’gor siasat punca bumbung pangsapuri terbang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diarah menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.

Keputusan ini dibuat setelah bumbung-bumbung bagi 2 blok pangsapuri di situ telah diterbangkan oleh ribut kelmarin, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihanraya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.

Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.

Iskandar berkata, kerajaan persekutuan juga mesti melakukan satu siasat yang terperinci agar penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak terdedah kepada sebarang bahaya.

“Kerajaan persekutuan mesti mengenal pasti punca kegagalan bumbung tersebut dan kerja baik pulih mesti dilakukan dengan segera demi keselamatan rakyat.

Kesemua 57 blok mesti disiasat dengan segera dan sekiranya telah berlaku sebarang penyelewengan, mereka yang bertanggung jawab mestilah dihukum.

“Kerajaan persekutuan telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.

“Kerajaan Selangor pula telah mengganti bumbung untuk dua blok dengan kos RM372,196 atau kos purata RM186,096 seblok.

“Bumbung yang diganti itu masih kukuh hingga ke hari ini,” tambahnya.

Malaysiakini

laporan:

MDHS diarah periksa bumbung pangsapuri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: