drhalimahali

Archive for January, 2011|Monthly archive page

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS: KEPUTUSAN PRK TENANG

In Uncategorized on January 31, 2011 at 10:06 pm

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

Sumber: harakahdaily

BN MENANG DI “BUY ELECTION” TENANG

In Uncategorized on January 31, 2011 at 8:40 am

BN menang tapi gagal capai majoriti sasaran
Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi.

Keputusan PRK Tenang diumumkan jam 10.03 malam ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Sebanyak 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar atau 71.8 peratus bagi PRK Dun Tenang keluar menunaikan tanggungjawab sehingga proses pengundian ditutup 5 petang dalam keadaan hujan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

KEPUTUSAN PRK TENANG SETAKAT PUKUL 1915

In Uncategorized on January 31, 2011 at 3:42 am

7.15pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622,

 
Sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.setakat 1915

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

KEPUTUSAN TAK RESMI PRK TENANG

In Uncategorized on January 31, 2011 at 3:07 am

Keputusan PRK Tenang : Sehingga 6.53 pm.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS – 55, BN – 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS – 801, BN – 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN – 365, PAS – 801.

6.27pm: PAS – 1,136, BN – 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS – 209, BN – 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS – 123, BN – 64.

6.10pm: Undi pos: BN – 115, PAS – 3, rosak – 1

VIDEO PERISTIWA BERSEJARAH DI MESIR

In Uncategorized on January 31, 2011 at 3:02 am

http://www.guardian.co.uk/video/embed

http://www.guardian.co.uk/video/embed

http://www.guardian.co.uk/video/embed

http://www.aljazeera.net/portal

http://ikhwanonline.com/Default.asp

http://english.aljazeera.net/

HANYA 71.8 PERATUS PENGUNDI KELUAR

In Uncategorized on January 31, 2011 at 2:14 am

;

;

Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

“Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Laporan dan gambar ehsan Malaysiakini Di SINI





<a

<a

CUACA DI TENANG HUJAN LEBAT JEJAS ORANG KELUAR MENGUNDI

In Uncategorized on January 30, 2011 at 9:42 pm
;Foto Ehsan WartawanMalaysiakini

Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas. Peratus keluar mengundi kurang. Laporan Nazri Abdullah  di SINI  

Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat.

12.48pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus. Laporan penuh di SINI

SILA AMBIL PENGAJARAN

In Uncategorized on January 30, 2011 at 3:17 pm

Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini.

Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi.


Ikuti saranan Presiden PAS di sini

TAKTIK KOTOR SINONIM DENGAN UMNO/BN?

In Uncategorized on January 29, 2011 at 8:22 am
Kalau selama ini ular asyik memakan katak, datang satu masa nanti, mulut katak yang kecil boleh mengajar keturunan ular supaya menghentikan tabiat memakan keturunannya!

NORMALA: KAU BOLEH INSYAALLAH!!

In Uncategorized on January 29, 2011 at 7:28 am

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30600:di-mana-cikgu-mala-dapat-kekuatan&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46http://www.youtube.com/watch?v=kQobFxifFhs&feature=related

Bismillah. Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Kekuatan yang sebenar bukan dari seorang atau semua orang manusia. Kekauatan hakiki bersumber daripada ALLAS swt. Maka kita pasrah kepada YANG MAHA SATU.Usaha,usaha,usaha, doa kemudian tawakkal kepadanya.