drhalimahali

RM SEJUTA BAGI SETIAP ADUN SELANGOR (dwibahasa)

In Uncategorized on January 14, 2011 at 9:37 am

Bagi tujuan pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan, setiap ADUN S’gor dapat peruntukan RM1 juta. kecuali ADUN Pembangkang (baca: BN).

TS Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan “yang menganaktirikan Ahli Parlimen PR.”


ADUN S’gor dapat peruntukan RM1 juta

Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

“Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut,” katanya.

Hazlan Zakaria/ Malaysiakini

=========================================================================

Selangor gives Pakatan reps RM1m each as polls loom

SHAH ALAM, Jan 12 – The Selangor Pakatan Rakyat (PR) government has allocated RM1 million for constituency projects to each of its assemblyman ahead of a possible general election this year.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said Barisan Nasional (BN) representatives were excluded from the allocations because the BN federal government similarly discriminated against PR MPs.

“If Parliament allocates funds for all MPs, we will do the same,” Khalid told reporters today.

PR holds 35 seats in the 56-seat state assembly.

Today, Khalid also said he would focus on improving his administration in the next three months.

“We will go down to the field more often,” said Khalid after a state executive council meeting today.

“Each (PR) assemblyman is given RM1 million to improve roads and build bridges,” he added.

By Boo Su-Lyn / Malaysian Insider

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: