drhalimahali

TAHNIAH KEPADA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS ATAS KEJAYAAN DI DUN TENANG!

In Uncategorized on February 1, 2011 at 8:43 am
Add caption
Mereka dipertikaikan keikhlasan mahu bersama sebuah parti yang dikatakan tidak bertolak ansur tentang prinsip perjuangan yang dinyatakan terus terang kepada mereka sebelum mereka diterima sebagai ahli dewan himpunan penyokong PAS.Bahkan mereka faham mereka akan diuji kesetiaan dan kesanggupan bersama dalam naungan prinsip yang memperjuangkan keadilan, kebajikan,pendidikan,keselamatan untuk semua. Adakah mereka mahu bernaung dibawah payung sistem yang mempastikan kesejahteraan mereka akan terjamin seperti terjaminnya rakan mereka yang Muslim tanpa mereka perlu dipaksa memeluk agama Islam.
Mereka diterangkan sistem disiplin dalam PAS yang ketat.PAS mementingkan kualiti melebihi kepentingan kuantiti.Mereka sanggup akur dan patuh dengan keterangan yang diberi tanpa selindung.PAS tidak perlu banyak berjanji dengan mereka.Cukuplah dengan mendampingi  PAS, bekerja bersama PAS, makan minum bersama PAS,susah senang bersama PAS untuk mereka membuat rumusan sendiri samada mereka boleh mempercayai PAS atau sebaliknya.Mereka juga mengerti bahawa pemimpin dan ahli PAS bukan malaikat. Tetapi mereka mula melihat dengan mata kepala mereka sendiri keikhlasan PAS. Justeru mereka sanggup bertungkus lumus bermandi peluh dan berbasah kuyup berjuang untuk PAS. Alhamdulillah ada golongan yang seperti ABU TALIB yang mahu menyokong perjuangan Islam kerana mereka yakin Islam adalah baik untuk semua.Kualiti hidup mereka lebih terjamin sekiranya nilai-nilai Islam dihayati oleh pemimpin negara. Hakikat ini menyebabkan mereka mahu orang Islam yang baik, bertaqwa mentadbir negeri kerana mereka yakin pemimpin yang bertaqwa adalah amanah dan tidak akan sama sekali mengabaikan mereka.Kerana itu derhaka kepada Allah dan Rasulullah sa.w.namanya.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI DHPP!
You all are wonderful. You did great in Tenang and everywhere else. PAS is proud of you! Just ignore the inevitable ‘noises’!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: