drhalimahali

Berdoalah dan jangan panik…

In Uncategorized on February 2, 2011 at 11:51 pm
3 kapal TUDM akan berlepas ke Mesir
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tiga kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berlepas segera ke Mesir bagi  mengeluarkan rakyat khasnya pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

Mereka juga akan membawa barangan keperluan harian termasuk bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap di sana.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali memaklumkan perkara ini kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra bagi menyelaraskan proses bantuan kerajaan negeri Selangor dengan Wisma Putra.

Ini berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang ekoran dari usaha jutaan rakyatnya mahu menyingkirkan presidennya, Hosni Mubarak.

Akibat kekecohan berlaku, ada segelintir pihak yang mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka termasuk merompak dan mengacau pelajar Malaysia di sana.

Tekanan telah dibuat kepada kerajaan agar usaha dibuat segera untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.

“Saya baru selesai berjumpa dengan Wisma Putra untuk selaraskan proses bantuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Wisma Putra.

“Tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke  Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji,” kata Dr Halimah, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Menurutnya, lawatan beliau ke bilik operasi bantuan pelajar Mesir di Kompleks MAIS pada 9.20 pagi tadi mendapati lima talian yang disediakan sentiasa dihubungi oleh ibubapa seluruh negara.

Pegawai Lembaga Zakat Selangor, JAIS dengan bantuan pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor akan mengendalikan perkhidmatan ini untuk memberi khidmat menyalurkan maklumat pelajar di Mesir kepada keluarga mereka.
Pegawai sibuk cari makanan Malaysia untuk Kohilan Pilay

Sementara itu, solat hajat di masjid-masjid seluruh negeri Selangor telah bermula, katanya.

“Saya mengharapkan tindakan pantas pihak kementerian yang berkenaan supaya dapat memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan pelajar wanita diberi keutamaan dan disegerakan disamping keselamatan yang sememangnya perlu dipantau,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang bapa pelajar yang menghubungi Harakahdaily marah dengan sikap para pegawai Malaysia di Mesir sekarang ini.

“Dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya.

“Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kebahisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan. Kalau ini satu kenyataan yang bohong sila hubungi staf kedutaan yang keluar merunggut bila mendapat arahan tersebut hingga terdengar kepada pelajar Malaysia yang tunggu diluar rumah duta.

“Memalukan……inikah sikap pegawai-pegawai MKN@JPM?????? Patutlah bila dihubungi Konsul Jeneral Jeddah jawapan yang diberikan sedang makan bersama Kohilan Pillay (ini kenyataan dari wakil akhbar BH yang saya hubungi),” tulis seorang bapa kepada Harakahdaily.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: