drhalimahali

PELAJAR DI MESIR AKAN DIPINDAHKAN KE JEDDAH

In Uncategorized on February 2, 2011 at 10:53 pm

KENYATAAN MEDIA (2)
FEBRUARI 2, 2011 (RABU)
KENYATAAN MEDIA (SIRI 2) BERHUBUNG ISU PELAJAR SELANGOR DI MESIR

Saya baru selesai berjumpa dengan Wisma Putra untuk selaraskan proses bantuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Wisma Putra. Tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji.

Lawatan saya ke bilik operasi bantuan pelajar Mesir di Kompleks MAIS pada 9.20 pagi tadi mendapati lima talian yang disediakan sentiasa dihubungi oleh ibubapa seluruh Negara. Pegawai Lembaga Zakat Selangor, JAIS dengan bantuan pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor akan mengendalikan perkhidmatan ini untuk memberi khidmat menyalurkan maklumat pelajar di Mesir kepada keluarga mereka. Sementara itu, solat hajat di Masjid-masjid seluruh Negeri Selangor telah bermula.

Saya mengharapkan tindakan pantas pihak kementerian yang berkenaan supaya dapat memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan pelajar wanita diberi keutamaan dan disegerakan disamping keselamatan yang sememangnya perlu dipantau.

Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: