drhalimahali

JENAYAH POLITIK BN YANG DIDEDAHKAN IBARAT “TIP OF ICEBERG”

In Uncategorized on February 9, 2011 at 9:48 am

Kenapa para pemimpin BN bermati-matian mengguna-
kan segala bentuk jentera kerajaan dan bukan kerajaan tanpa segan silu dan maruah bagi mempertahankan kedudukan mereka atau merampas kembali negeri-negeri yang diurustadbir oleh Pakatan Rakyat??????
Selain $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ untuk diri, keluarga serta kroni mereka, pemimpin BN cukup takut, kecut perut dan gerun jika salah laku, penyelewengan dan kesalahan mereka didedahkan. Kita lihat bagaimana kawan kita Khir Toyo yang dulu kebal tetapi kini……………………………………………………………………..
Sebenarnya hanya segelintir pemimpin BN di bawa ke muka pengadilan, yang lain kekal bermaharajalela, ibarat fenomena “TIP OF ICEBERG”
Rasuah: Shariff Jajang diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala Mohd Shariff (kiri) diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.

Terdahulu, Badrul Munir yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah secara bertulis sama ada Mohd Shariff akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN kawasan Dengkil (semasa kejadian) yang dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) di mana beliau mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang, pada 16 Jun 1997.

Pada masa kejadian, Mohd Shariff serta isterinya Datin Patimah Isa dan dua anaknya, Shahrum dan Shahrin, memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.

Mohd Shariff dilantik sebagai anggota exco kerajaan Selangor pada 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Penerangan dan Tanah Rizab Melayu.

– Bernama/Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: