drhalimahali

KERAJAAN SELANGOR TERUSKAN USAHA SERIUS PERANGI WABAK ZINA

In Uncategorized on February 14, 2011 at 8:55 am

13.2.11
DATARAN SHAH ALAM

     Penyakit kronik yang berupa maksiat seperti zina tidak akan terhapus dengan usaha yang tidak berterusan kerana ia terhasil daripada jahiliyyah mendalam dikalangan masyarakat.Zina berleluasa kerana pihak berkuasa tidak memandang serius kepada bahayanya, jauh sekali untuk melabelkannya sebagai punca utama kepada fenomena destruktif seperti buang bayi,jual bayi, penyakit puan,penyakit tuan, HIV/AIDS.
Isu bayi yang baru dilahir samada yang masih hidup mahupun yang sudah terkulai layu, bahkan ada yang sudah dibaham anjing liar menjadi satu tumpuan sekejap-sekejap sang pencari publisiti.Ramailah yang bersuara seolah-olah mereka tokoh pejuang hak kemanusiaan sibayi malang.Kemudian pembicara tadi senyap sepi sehinggalah ada bayi lain pula dijumpai dengan keadaan serupa atau lebih kurang serupa.
   Mungkin ada seorang dua yang berbicara serius dan menekuni kebarangkalian membanteras masalah kecelaruan waris dan ancaman ketagih aksi dosa ini.Namun suara mereka terkurung di sudut kecil dalam kosmos pemerintahan/urus tadbir negara yang tidak peduli bab dosa pahala dalam erti sebenarnya.Maka tidak kedengaran suara tulus yang tenggelam dek hingar bingar kehidupan hedonisme yang tercorak oleh kerajaan yang tidak berorientasikan sistem Tuhan. ‘Master mind’ yang mengaut keuntungan melimpah daripada ‘keperluan’terwujud atas desakan nafsu seperti perlu asmara walaupun tanpa ikatan pernikahan yang sah.Perlu kepada bajet hotel tempat memuas nafsu, perlu kepada muqaddimah zina seperti bunga, coklat, kain,baju dan apa-apa sahaja yang dicipta secara kreatif oleh pengusaha opportunis yang boleh mengkaburkan mata hati si penerima sehingga tidak kenal dosa.
SERIUS
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mahu remaja-belianya rosak kerana sistem yang sepatut mendidik mereka membiar mereka lalai dan leka hingga terjebak ke kancah maksiat yang boleh mengakibatkan kehancuran masa depan mereka.
Justeru, di bawah JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL NEGERI SELANGOR menetapkan di antara fokus utamanya ialah kempen anti zina. Memandangkan kajian trend kemuncak perlakuan zina ialah MALAM MERDEKA, MALAM TAHUN BARU MASEHI dan malam ST .. VALENTINE’s day, maka pasukan khas yang mensinergikan kolaborasi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang penting seperti JAIS, PDRM,PBT,AADK,RELA dan mobilisasi AJK MASJID/JKKK dan penglibatan NGO-NGO serta pimpinan masyarakat setempat dan aktivis sosial.
S’gor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial
Malaysiakini

Feb 13, 11 9:35pm

Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

“Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan,” katanya.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy“Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya,” katanya. Simbolik

Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai “tanda amaran” untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

selangor anti-zina event crowdKempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.

Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.

Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: