drhalimahali

Archive for March, 2011|Monthly archive page

ADUN SELANGOR syor kerajaan negeri tambah peruntukan SAR

In Uncategorized on March 31, 2011 at 8:05 am

ADUN  HULU KLANG menggesa kerajaan Selangor menambah bantuan peruntukan untuk sekolah agama rakyat daripada RM 6JUTA ke RM 15JUTA
Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR

Ismail Hashim(HARAKAHDAILY)   

SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.
Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.
“Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

“Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.
“Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran,” tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

“Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

“Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.

We share the same moon…..

In Uncategorized on March 31, 2011 at 6:55 am

 Why can’t we share the same world with love and kindness??
Why should we let those who do not want us to live in peace and harmony be in power forever?!!

SELEWENG SAMPAI BILA

In Uncategorized on March 30, 2011 at 9:35 pm

Sila lihat di bawah kenyataan seorang Menteri yang tidak dapat membezakan antara rasuah ketika berkempen untuk satu-satu pilihanraya dengan menunaikan janji manifesto setelah menang dalam pilihanraya berkenaan.

 Seorang lagi yang bertaraf Timbalan PM secara selamba menjawab “biasa lah tu” apabila ditanya tentang penggunaan dewan  serta premis sekolah untuk berkempen pilihanraya.

Nazri: Bantuan segera ketika p’raya bukan rasuah

“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)…sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

“Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah,” katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara “biasa”.

“Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN,” katanya.

Laporan selanjutnya di SINI dan SANA.

Ucapan YAB MB Kelantan ketika melawat Universiti Antarabangsa Medinah di Selangor

In Uncategorized on March 30, 2011 at 6:20 am

MB KELANTAN LAWAT MEDIU di SELANGOR

In Uncategorized on March 30, 2011 at 5:47 am
SHAH ALAM
YAB TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT melawat Medinah International University MEDIU di Shah Alam hari ini. Beliau amat gembira melihat segala prasarana dan sistem pembelajaran yang ditawarkan di Universiti tersebut yang kini menampung 3000 pelajar daripada 90 buah negara termasuk daripada negeri Cina, negara Afrika, negara Arab dan juga Asia.

Difahamkan oleh rektornya, MEDIU mahu berkembang dan membina kampus sempurna untuk menampung pelajar-pelajar daripada luar negara yang di antara keistimewaan paling ketara ialah kebergantungannya kepada teknologi tinggi seperti e-learning, teleconferncing dengan pensyarah serta pembimbing daripada luar negara dan pelajar-pelajar lain.Turut serta YB EXCO Pendidikan Tinggi Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali.

UNDANG-UNDANG RIMBA BERMAHARAJALELA

In Uncategorized on March 29, 2011 at 9:50 pm

Trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

JANGAN KEJUTKAN “FITNAH” YANG SEDANG TIDUR

In Uncategorized on March 29, 2011 at 9:00 am

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)

Ismail Hashim, Foto: Shukri  /HARAKAHDAILY

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat  adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

“Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

“Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja,” tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

“Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber  kebangkitan rakyat,” katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

MEMPELAI OKU SERTA WARGA EMAS SERTAI PERKAHWINAN PERDANA

In Uncategorized on March 28, 2011 at 2:37 am

15,000 rai 44 pasangan Raja Sehari

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, (foto kiri)  pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

“Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua,” ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Laporan penuh oleh Sdr Ismail Hashim Harakahdaily di {SINI}

Mempelai OKU, warga emas dirai

KLANG –Mempelai orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menjadi antara 44 pasangan pengantin yang diijabkabulkan dan diraikan dalam majlis khas, Majlis Perkahwinan Perdana 2011 di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, dekat sini, semalam.
 
Pengantin lelaki, Bonia Benawar, 30 dan Siti Salbiah Mahmud, 24 (foto kanan, atas) merupakan pasangan OKU yang diraikan di majlis itu melahirkan kesyukuran kerana majlis tersebut merealisasikan impian mereka untuk hidup bersama selepas berkenalan sejak dua tahun lalu.
Laporan Sinar Harian di SINI

GAMBAR KENANGAN PERKAHWINAN PERDANA 2011

In Uncategorized on March 27, 2011 at 6:26 pm

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA SYARIAH COMPLIANT

In Uncategorized on March 27, 2011 at 9:13 am