drhalimahali

BN: TAK BERMARUAH SERTA TAK TAHU MALU

In Uncategorized on March 21, 2011 at 6:37 am

P’raya: PAS gesa BN henti peralat media

BESUT, 20 Mac: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi didesak agar menghidupkan amalan demokrasi secara yang lebih positif sebagaimana diamalkan negara-negara maju yang menggunakan sistem demokrasi.

Untuk itu, ia mesti menghentikan amalan menyalahgunakan media massa arus perdana untuk kepentingan politiknya, terutama dalam tempoh berlangsungnya sesuatu pilihan raya.

Desakan itu diluahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada sidang media sejurus selesai majlis penutup Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Siri Kedua (HKR-PGU II), malam tadi.

Perhimpunan anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu itu diadakan di Dataran PGU, Belakang Masjid Bandar Jertih, dekat sini. Ia berlangsung sejak Jumaat malam hingga malam tadi dan dipenuhi berbagai acara.

Menurut Abdul Hadi, media massa arus perdana mempunyai peranan penting memperbaiki amalan demokrasi negara. Untuk itu media tidak seharusnya menjadi alat propaganda bagi pihak BN semata-mata, sebaliknya perlu menyalurkan maklumat dan berita yang benar dan adil kepada rakyat.

“Rakyat adalah hakim. Media mesti meletakkan diri mereka sebagai saksi dan saksi hendaklah adil dan memberitahu hakim perkara sebenar,” ujarnya berkias.

Dalam ertikata lain, katanya, media mesti melaporkan kepada rakyat maklumat dan pandangan semua pihak, terutama melibatkan parti-parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

“Di setiap kali pilihan raya kita lihat BN bertongkat kepada media arus perdana yang berat sebelah. Seluruh saluran media dipergunakan habis-habisan untuk kepentingan BN, untuk serang pembangkang.

“Sedangkan ruang untuk kita (Pakatan Rakyat) menjawab tak ada, kita hanya terhad kepada ceramah umum. Itu pun tertakluk kepada kebenaran pihak polis, yang selalunya menjaga kepentingan BN,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan BN memperalatkan media utama milik kerajaan untuk kepentingan politiknya sebagai tindakan tidak bermaruah dan menyalahguna wang rakyat.

“RTM (tv) masuk tiap-tiap buah rumah. Kita tengok sepanjang (tempoh kempen) pilihan raya, (tv) berkempen untuk BN. Sedangkan RTM ini (media kerajaan) beroperasi dengan duit rakyat.

“Bukan semua rakyat sokong BN, bukan semua rakyat setuju BN guna media burukkan pembangkang. Ini (manipulasi media kerajaan) bercanggah dengan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Mohd Nasir Awang /Harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: