drhalimahali

SIAPA YANG BERI PERMIT MENAYANGKAN VIDEO LUCAH

In Uncategorized on March 22, 2011 at 10:25 pm


Dalam kes Chua Soi Lek yang rata-rata rakyat dari MCA dan UMNO sudah lupa, memiliki salinan pita tayangan adegan Soi Lek menjadi satu kasalahan di sisi undang-undang. Dalam kes terbaru ini, memanggil pemberita dan menayangkan video seolah-olah mendapat restu pihak berwajib.

Polis tak terlibat dalam pembikinan video seks

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.

“Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan,” katanya dalam laman Twitter malam ini.

Petang tadi, Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media hari ini.

Hishammuddin juga berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.

Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang wanita di sebuah hotel di ibunegara yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

– Bernama

Tayangan ‘meletup’ di Carcosa Sri Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: