drhalimahali

PILIHANRAYA DUN BERASINGAN UNTUK TIGA NEGERI

In Uncategorized on April 4, 2011 at 9:30 pm


Bubar DUN: PAS mahu tiga
negeri Pakatan sokong Selangor

Oleh G Manimaran
April 04, 2011
Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir  Foto kiri) berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan ‘risiko’ jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.

“Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012… jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri,” kata beliau kepada The Malaysian insider.

Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.

“PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

“Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya.

Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

“Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita,” kata Menteri Besar.

Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.

“Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia,” katanya.

“Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi,” katanya.

Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.

Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini. Laporan penuh di SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: