drhalimahali

REMAJA PATUT DIPERSALAHKAN ATAU PEMIMPIN YANG MEMBUAT DASAR tidak BERKESAN UNTUK REMAJA?!!

In Uncategorized on April 27, 2011 at 7:16 am

Siapa yang menentukan acuan mana yang digunakan untuk membentuk remaja?

Apabila negara dilanda krisis keruntuhan akhlak, semua pihak meneropong remaja. Seolah-olah masalah dadah, rempit, masalah juvana, ponteng sekolah, kes buang anak,vandalisme dan seribu satu macam lagi masalah gejala sosial berpunca dan berkisar sekeliling perangai dan tindak tanduk mereka sahaja.
      Ini persepsi kebanyakan remaja. Persepsi ini mencetus perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang memang pun sudah mempunyai ciri yang suka memberontak. Apabila kumpulan mereka dihentam, dikutuk dan dikritik bertalu-talu samada di corong radio, di kaca television mahupun terpapar saban hari di media cetak, gejolak perasaan malu bercampur marah akan meledak dan menyumbang kepada tindakan memberontak dan menatijah kerosakan harta benda kerana gangguan perasaan serta pengambilan dadah dan menghidu gam.
     Majoriti remaja boleh mengawal kemahuan dan mengendalikan perasaan.Segelintir bermasalah besar menempuh hidup, lebih-lebih lagi yang berada dalam keluarga yang dilanda krisis..Iklim sekolah yang sekular dan terus menekan jiwa remaja diantara faktor penting yang mendorong seseorang bertindak diluar fitrahnya sebagai insan. Ketandusan input spiritual melumpuh daya tahan kepada serangan hawa nafsu yang menolaknya kepada tindak tanduk yang merugikan dirinya dan mendedahkannya kepada risiko bahaya akan datang bukan sahaja sekadar balasan di dunia tetapi akhirat. Rembesan hormone pertumbuhan(growth hormone) seiring dengan hormon seks yang memuncak diperingkat remaja akan mengakibatkan kadar perlakuan berkaitan dengan seks semakin sukar untuk dibendung.  
   Justeru, para pembuat dasar daripada kerajaan, pimpinan masyarakat, institusi pendidikan seperti sekolah, university dan pusat latihan kemahiran belia termasuk PLKN serta media massa, peniaga,ibubapa, PIBG, keluarga dan jiran tetangga, NGO memainkan peranan penting berkolaborasi secara sinergistik untuk melahirkan suasana kondusif yang boleh membantu remaja membangun secara positif dan memungkinkan mereka menjadi modal insan berkualiti yang produktif dan bukan insan liabiliti yang merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..
  Pihak pemerintah sebagai pentadbir harus merancangkan pelan strategik untuk membangunkan remaja berpotensi menjadi pemimpin pelapis bagi mempastikan pembangunan lestari yang mendapat restu Ilahi insyaallah. Rakyat pula harus memainkan peranan untuk memilih pemimpin rabbani yang bertunjangkan kejayaan ukhrawi dan mengemudikan ummat untuk mencapai kejayaan duniawi. Barulah konsep insan sebagai khalifah seperti yang disebutkan dalam surah Al BAQARAH AYAT 30 menjadi kenyataan.Inilah sebahagian tuntutan kepada manusia supaya khusyu’ tunduk kepada arah perintah Ilahi agar ‘good governance’ boleh dilaksanakan.Justeru lengkap dan  syumulnya Islam hingga menerangkan konsep urustadbir yang baik dalam Al Quran itu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: