drhalimahali

MALAYSIA masih tidak mampu ATAU TIDAK MAHU??!!

In Uncategorized on May 9, 2011 at 4:37 am
Sesiapa yang mempunyai akal yang waras dan tahu banyak perkara boleh dilakukan secara siber- ‘on line’ seperti beli belah on line, bayar bil on line, bayar saman on line, bayar cukai on line, beli tiket kapal terbang on line, daftar unitversiti on line, mesyuarat on line(teleconferncing) dan e-government di Malaysia kenapakah fenomena pelik dan ajaib di sebuah negara bernama Malaysia yang telah membanggakan dirinya dengan pelaburan melangit untuk multimedia supercorridor di CYBERJAYA masih menggunakan cara lama ketinggalan zaman iaitu mendaftar pengundi secara manual!!
 
 
Pemuda Umno sasar daftar 140,000 pengundi
Mei 8, 11 7:45pm
Kongsi 0
Pergerakan Pemuda Umno mensasarkan untuk mendaftarkan lebih 400,000 anggota Umno termasuk 140,000 daripada Pemuda sebagai pengundi sebelum Jun ini.
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Mohd Hisamudin Yahaya berkata ia perlu disegerakan kerana mengikut perangkaan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat lebih 3.9 juta rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi.
Bagi mencapai sasaran itu, Pemuda Umno akan menubuhkan kumpulan petugas khas dengan diketuai ketua pergerakannya Khairy Jamaluddin bagi mendaftarkan golongan muda di lebih 6,000 peti undi di seluruh negara dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita di Parit hari ini.
Beliau berkata Khairy akan membentangkan cadangan penubuhan pasukan petugas khas itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno pada mesyuarat pengurusan parti tidak lama lagi.
Mohd Hisamudin turut meminta semua 191 Ketua Pemuda Umno Bahagian melipatgandakan usaha untuk mendaftarkan anggota masing-masing dengan menyediakan kaunter pendaftaran pemilih setiap kali program atau aktiviti dijalankan.
Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin dan jentera Umno mulai sekarang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.
Empat perkara itu ialah mengenai pendaftaran pemilih, mengukuhkan perhubungan setiap peringkat dalam parti dan komponen BN, turun padang dengan mengambil berat masalah rakyat dan wujudkan hubungan strategik dengan persatuan dan badan bukan kerajaan.
Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: