drhalimahali

Kenapa berlaku zalim kepada rakyat Kelantan?!

In Uncategorized on May 16, 2011 at 7:43 am

Sumber alam yang berupa minyak di kurniakan Allah swt diperairan Sabah, Sarawak,Terengganu dan Kelantan. Sabah dapat royalti, Sarawak menguasai royalti minyak. Trengganu menikmati royalti. SOALAN CEPU EMAS:: Penting untuk difikir masak-masak oleh semua orang MELAYU…walau di mana anda berada!
Kenapakah kerajaan BN membenar royalti dibayar kepada 3 negeri di atas dan tidak di Kelantan????????
Sabah dan Sarawak mempunyai penduduk Melayu adalah minoriti………royalti dapat!
Trengganu majoriti Melayu dapat royalti, Kenapa Kelantan yang majoriti MELAYU berslogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TIDAK diberi royalti oleh kerajaan BN yang dikepalai oleh parti MELAYU UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu……….kenapa kejam kepada orang Melayu KELANTAN yang rata-rata Melayu beragama Islam.
Kalau memang takut Malaysia jadi negara Kristian curahkan royalti dan segala yang lain kepada pemimpin tulus dan bersih seperti YAB MENTERI BESAR KELANTAN….habis cerita!!
    Jangan buat sandiwara lawak yang tidak masuk akal konon untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan menyokong PAKATAN RAKYAT.
FEAR TAKTIK yang diguna oleh pakar TIPU MUSLIHAT POLITIK UMNO ini boleh dibaca oleh rakyat yang sudah cerdik pandai insyaallah!

Selepas dipukul, Exco turun sendiri gantung banner

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.
Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.
Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.
Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.
Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.
Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.
“Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri,” katanya kepada Harakahdaily.
Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.
Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: