drhalimahali

MUSLIMAT PAS RAI HARI IBU PELBAGAI KAUM

In Uncategorized on May 16, 2011 at 7:01 am

SHAH ALAM
14.5.11]
Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS PUSAT(LPN DMPP menganjurkan HI TEA HARI IBU bagi meraikan bersama ibu-ibu daripada kalangan Muslimat PAS dan wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Majlis telah selamat dirasmikan oleh PN HJH SALBIAH ABD WAHAB mewakili Ketua DMPP yang berada di luar negara.

   Pengerusi LPN DMPP, YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapan aluannya telah menegaskan PAS memang berjuang untuk semua kaum kerana semua bangsa ini dicipta oleh Allah swt.PAS tidak bermasalah sekiranya orang Tionghua mahu mengekalkan bahasanya, orang India mahu berbahasa Tamil,orang Melayu mahu berbahasa Melayu kerana bahasa-bahasa itu pada hakikatnya dicipta oleh Allah swt. Maka PAS sebagai sebuah parti Islam akur kepada ketentuan Ilahi.Oleh itu semua kaum sepatutnya tidak perlu gentar atau takut bersama PAS.Orang Melayu juga sepatutnya lebih senang dan selesa dengan PAS kerana PAS meletakkan kepentingan mereka dalam perjuangan mereka.PAS tidak pernah melupakan keperluan dan kepentingan Melayu. Bahkan segala yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk orang Melayu hingga kebajikan akhirat orang Melayu diambil perhatian serius oleh PAS.
    Yang beza ketaranya antara PAS dan parti politik yang mendakwa mereka pejuang hak dan kepentingan Melayu ialah PAS mengiktirafkan kewujudan bersama orang bukan Melayu, orang bukan Islam.

YB Dr Halimah dan Pn Salbiah memotong kek bersama ibu contoh DHPP

 PAS faham mereka juga manusia. Sebagai manusia yang berlainan keturunan, ras, bahasa, budaya dan agama mereka diberi hak mereka menurut ajaran agama mereka sendiri TANPA menjejaskan prinsip yang dibawa oleh PAS.
PASyang meletak Islam sebagai dasar kewujudannya akan merancang dan melaksanakan aktiviti atau program berpaksikan ajaran Islam.
Di antara ajaran asas Islam juga adalah akhlak yang mulia, justeru PAS berlaku sopan dan mengguna hikmah dalam menangani perbezaan pendapat dan ideologi.Maslahah dan mafsadah harus ditimbang dengan teliti.Islam mengajar supaya berlaku adil: adil tentang peluang pendidikan, peluang pekerjaan, peluang untuk dapat rumah, peluang untuk keselamatan, peluang untuk perubatan.Inilah kecantikan ajaran Islam yang mula mekar di mata non-Malay non-Muslim yang menyebab mereka mahu menyokong dan mendokong parti PAS.Mereka faham kawan Muslimat mereka akan melindung anak mereka daripada diculik, diganggu, dizalimi.Sekiranya mereka dikasari Muslimat bersedia membantu, merawati hati mereka.Sekiranya mereka mereka lapar Muslimat PAS sudi menghulur apa yang ada walaupun muslimat PAS tidak sekaya mana.Sekiranya anak mereka lemah disekolah Muslimat PAS boleh menawar kelas tambahan/tuisyen.
Inilah penyebab mula rakyat bukan Melayu bukan Islam ini tertarik dengan peribadi Muslim dan kasih sayang tanpa sempada. Mereka tidak hairan bahkan lebih yakin dan lebih tenteram kalau Muslimat perlu minta izin untuk tinggalkan mereka sebentar untuk menunaikan solat. Mereka tahu orang yang solat ini tidak akan menganiaya merka.

Insyaallah bila tiba iradah Allah orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Asli dll akan melihat nikmatnya Islam yang di hidang oleh PAS.Sinergi daripada NGO-NGO Islam akan menjadi pemangkin dakwah dan siyasah insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: