drhalimahali

Pengorbanan tuntas Siti Khadijah benchmark MUSLIMAT PAS

In Uncategorized on June 3, 2011 at 7:28 am

KETUA WANITA DHPP

Khamis
2.6.11
SHAH ALAM SELANGOR
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 telah mencatat sejarah baru untuk Dewan Muslimat seluruh Malaysia di mana perwakilan yang datang telah menunjukkan potensi kuasa ekonomi dan sifat kedermawanan mereka apabila jumlah wang yang diderma berbentuk dinar emas dan dirham serta wang ringgit melebihi RM100,000 setelah di mulakan oleh perasmi muktamar DMPP YAB TUAN GURU DATO’ NIK AZIZ NIK MAT.yang menderma 3 dinar emas dan 3dirham.. Pengumpulan Dana pilihanraya yang bermula pada lebih kurang pukul 10.30 pg dan berakhir 7.00ptg telah melebihi target yang disebut pada permulaan pelancaran iaitu RM100,000. Allahu akbar!

Mungkin roh perjuangan Siti Khadijah telah meresap ke jiwa Muslimat PAS sehingga sanggup fastabiqul khairat, berlumba-lumba menderma untuk kebaikan iaitu menumpas rejim yang bathil pada pilihanraya akan datang dan membantu cahaya kebenaran menyinar di PUTRAJAYA.

Siti Khadijah pernah mengatakan kepada Nabi s.a.w ketika ajal sudah hampir dan ketika itu HARTAWAN DERMAWAN sudah kehabisan segala harta bagi membiayai perjuangan kebenaran Nabi s.a.w,

sekiranya tulangku ini boleh digunakan untuk membuat jambatan yang  digunakan oleh tentera Islam lalu, maka ambillah ia Ya Rasulullah!!

Semoga ALLAH swt memimpin dan melindungi Muslimat dalam perjuangan mendaulatkan syariatNya.
Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: