drhalimahali

DAP KENA KELUAR PR ATAU UMNO YANG KELUAR BN?!!

In Uncategorized on June 5, 2011 at 6:06 am
Kenapa cabar DAP? Umno keluar BN kalau berani
Khalil Idham Lim
Mei 27, 11
1:06pm
Saya sangat terkejut laporan dari Bernama yang memetik kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap “merapu” bila beralasan dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP katanya dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

Jauh dari itu Zahid berkata parti DAP boleh dikatakan sebagai ‘anak jantan’ sekiranya bertindak sedemikian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya semua negeri Pakatan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Zahid, yang juga Menteri Pertahanan saya lihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.

Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua menteri yang ada pada kerajaan negeri yang boleh tidak menasihati Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri untuk tidak membubarkan DUN walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh lima tahun.

Kenapakah jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi “anak jantan” kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.

Hakikat sebenarnya Umno yang sekian lama “pondan” disebabkan tidak berani keluar dari BN.

Kita sudah cadangkan berulangkali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu, ayuh dengan segera keluar dari BN .

Sebenarnya sisitem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.

Sesungguhnya tidak ada satu parti pun termasuk Umno yang boleh memerintah negara dan semua negeri di Malaysia kalau dia tidak berada dalam Pakatan atau BN.

Zahid nampaknya sudah terlalu cerdik, dan saya cadangkan kecerdikannya itu digunakan untuk membawa Umno iaitu keluar dari BN kalau dia berani.

Apa lagi kekuatan yang ada pada BN dan Umno sendiri adalah kekuatan yang sangat rapuh kerana bergantung kepada penyalahgunaan kuasa terhadap kementerian, jabatan dan agensi tertentu.

Itupun mereka sudah rasa terlalu lemas dan pendek umur dengan mencari pelbagai cara untuk menarik sokongan rakyat bagi terus kekal berkuasa.

Namun saya yakin dengan kenyataan Zahid membuktikan BN dan sudah kehilangan arah untuk memastikan rakyat terus memberi madat kepadanya.

Gelombang penolakan rakyat terhadap BN sudah tidak dapat dibendung lagi dan saya yakin Pakatan Rakyat akan menjadi Pilihan Rakyat dalam PRU akan datang.

Penulis adalah ketua penerangan PAS Perak dan juga ADUN Titi Serong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: