drhalimahali

Proses ‘Mengilmukan’ Selangor

In Uncategorized on June 27, 2011 at 5:21 am

26.6.11
Ahad
SHAH ALAM

Sambutan Hari Ilmu Selangor ke-2 telah selamat dirasmikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di SACC CONVEC SHAH ALAM.
Satu kelainan pada tahun ini ialah kempen besar-besaran ’15min READING BREAK’ atau ‘Berhenti Sejenak,Jom Baca’ yang berlangsung serentak diseluruh Selangor.Bermula dari SACC Convec Shah Alam;turut disertai di
1.Sawah padi Parit 3, Daerah Sabak Bernam
2.Bukit Melawati. Daerah Kuala Selangor
3.Hospital Daerah Banting, Daerah Kuala Langat
4.Pengkalan Batu, Daerah Klang
5.Taman Tasik Cempaka,Hulu Langat
6.Empangan Sg Selangor bersama Orang Asli,Daerah Hulu Selangor
7.Air Terjun Kemensah , daerah Gombak
8.Bagan Lalang, daerah Sepang
9.Library MPSJ, Daerah Petaling

Turut menyerlkan lagi majlis sambutan Hari Ilmu Selangor ialah apabila sasterawan negara, Datuk Dr Anwar Ridwan dan A.Samad Said serta penulis-penulis dari seluruh tanah air.Majlis juga ditambah nilai dengan penganugerahkan TOKOH PENULIS SELANGOR kepada Prof.Madya Dr.Sharir.Kemudian dialog para penulis bersama YAB Dato’Menteri Besar, EXCO Pendidikan, EXCO Kebudayaan Selangor yang memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka meluahkan hasrat mereka sebagai golongan yang agak terpinggir.
Turut serta dalam majlis perasmian ialah YB EXCO Dr Yakop Sapari, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, YB Saari Sungip,YB Manoharan, Datuk Bandar MBSA, MBPJ, Ketua Jabatan dan agensi kerajaan,pengurusan tertinggi UNISEL,INPENS dan para pempamer.
Sebelah petang pula, konvensyen penulis dijalankan. Ia memberi ruang kepada kedua-dua sasterawan negara serta Tokoh Penulis Selangoruntuk memberi pandangan topik ‘Merakyatkan Ilmu: Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan’.Majlis ditutupkan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali sebagai EXCO Pendidikan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: