drhalimahali

Archive for July, 2011|Monthly archive page

Hujjah Dr Zakir Naik tentang gosok gigi ketika berpuasa

In Uncategorized on July 31, 2011 at 7:55 am
Advertisements

Planning our Ramadhan

In Uncategorized on July 31, 2011 at 7:43 am

RAMADHAN: Dr Zakir Naik

In Uncategorized on July 31, 2011 at 7:33 am

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR RASMIKAN LARIAN 2 DEKAD AMAL MALAYSIA

In Uncategorized on July 31, 2011 at 7:17 am

30.7.11
BANGI
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali telah merasmikan larian 2dekad Jabatan Amal Malaysia sempena KARNIVAL sambutan 2 dekad Amal Malaysia.
Turut hadir Juhari,Ketua Pengarah Jabatan Amal serta Hj Aszmi,Pengarah program.
Dalam ucapannya, YB Dr Halimah telah menekan beberapa poin yang beliau harap boleh difikirkan semasa peserta berlari sejauh 7km untuk lelaki dan 5km untuk peserta wanita iaitu:

 Intisari model pembangunan modal insan Selangor S.P.I.E.S yang dirumus khas untuk melahirkan insan cemerlang yang diharapkan akan membangun negeri yang layak tergolong dalam baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur.
  Beliau menekankan pembangunan S-spiritual sempena  bulan Ramadhan yang akan tiba dua hari lagi.Ia sebagai kubu  kekuatan yang mampu menerjah fenomena luar biasa jika diberi tumpuan sepenuhnya.
Kekuatan fizikal(P-‘physical’) dibina melalui senaman/riyadah seperti larian ini.Puasa juga menghasilkan kesan positif sampingan kerana merehatkan jentera pencerna makanan selama sebulan(‘light duty’).Disiplin menjaga waktu sahur dan iftar melatih disiplin diri sepanjang hidup.
Kecerdasan I-intelek bermaksud mengasah kemahiran berfikir cara kritikal,analytikal, kreatif dan lateral untuk menjalani hidup secara efektif dan melonjak pembangunan ummat hingga sampai tahap khaira ummah.
Kekuatan E-emosi katanya lagi akan mempastikan kecerdasan yang lain tidak sia-sia sahaja kerana akan hancur insan kerana emosi yang tidak terkendali.
Kecerdasan sosial bermaksud kejayaan manusia dalam kehidupan di dunia dengan keberkasanannya mengemudikan bahtera hidupnya dengan skil berinteraksi dan berkomunikasi serta daya bantu dan daya beri yang optima.

peserta wanita tidak sabar dengar whistle

Hadiah Ramadhan untuk anda semua!

In Uncategorized on July 31, 2011 at 6:33 am

Yang benar yang salah,kisah paranoid benar-benar makan diri

In Uncategorized on July 31, 2011 at 12:59 am

PSM detainee: ‘The police made me sing… twice’

July 29, 2011

PSM leader M. Sugumaran and PSM deputy chairman M. Sarasvathy (pic) both said the police repeatedly tried to link the party to communism during an intense 17-day interrogation. — Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, July 29 — Parti Sosialis Malaysia (PSM) leader M. Sugumaran claimed tonight that the police had made him sing to them twice and repeatedly tried to link the party to communism during an intense 17-day interrogation. Sugumaran was among the six PSM leaders who were detained under the Emergency Ordinance (EO) since July 2 for purportedly attempting to revive communism and wage war against the King.
“They saw my pictures with a microphone in hand and they saw me on our party website so they said to me, ‘Sugu, you must be a very good singer, the best singer in PSM … so you must sing for us,’” he told an audience at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber Hall (KLSCAH) tonight.
The group, who had gathered to listen to stories of the six leaders’ experiences while under detention, was left in stitches.
Sugumaran said he tried to keep the situation light-hearted so he obliged the police and sang two songs for them, both in Tamil.
Both tunes, he said, were plucked from movies and contained specific messages he wanted to direct to the police.
“The first one said, ‘When I ask you a question, you must answer me.’ Then they told me I must sing to them a song about a struggle so the second song was about calling the people to stand up and fight,” he told reporters later.
Sugumaran also revealed that the police had forced him to recall activities spanning nearly 30 years of his career in activism.
They had wanted to prove a similarity between PSM and Malayan Communist Party (MCP), he claimed.
“They said, ‘Look, PSM’s chairman is Nasir Hashim, a Malay. And yet, the entire party is full of Indians. MCP was led by Rashid Maidin and the others were all Chinese. That was how they inferred that PSM was promoting communism,” he said.
PSM deputy chairman M. Sarasvathy said she was also accused of lying when she denied that her party was funded by foreigners.
“Then, they linked us to communism. The cop said that he has been around for 32 years and he knew what communism was about, that socialism leads to communism.
“I told him, ‘You are behind the times. This is the 21st century socialism.’ Then he went off,” she said.
Sugumaran and Sarasvathy, along with Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar, central committee member Choo Chon Kai, Sungai Siput branch secretary A. Letchumanan and Youth chief R. Saratbabu, were picked up in Penang on June 25 along with 24 others during the widespread pre-Bersih clampdown, and were later slapped with accusations that they were attempting to revive communism and wage war against the King.
On July 2, they were placed under the Emergency Ordinance, a preventive law allowing for 60-days detention without trial, which was enacted in 1969 as a temporary measure in response to the May 13 race riots.

My Ramadhan gift for you!!

In Uncategorized on July 30, 2011 at 9:04 am

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK

In Uncategorized on July 30, 2011 at 8:59 am

Belang UMNO yang keliru berfikiran haru biru semakin tertonjol

In Uncategorized on July 30, 2011 at 8:48 am

Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu’, tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

“Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

“Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

“Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini,” dakwa sumber itu.

Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

“Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas.

“Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

“Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

“Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

IBU NABI YANG BERTUAH

In Uncategorized on July 30, 2011 at 8:40 am

Terima kasih kepada Ayahanda Ali yang memberi saya nama sempena ibu susuan Nabi yang terpilih