drhalimahali

PAS MIRI cergas menghijaukan bumi Kenyalang!!

In Uncategorized on July 5, 2011 at 6:03 am

Presiden PAS tetamu makan malam PAS Miri

Harakahdaily   

MIRI, 4 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menjadi tetamu khas PAS kawasan Miri, Sarawak dalam satu majlis makan malam 6 Julai ini.

Majlis ini akan diadakan di Park City Everly Hotel Miri bermula jam 7.45 malam dengan tema “Miri Go Green With PAS”.

Majlis ini adalah antara program yang dibuat PAS Miri untuk mempersiapkan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, PAS Miri terlepas untuk menyertainya apabila PAS tidak jadi bertanding di Dun Senadin.

Ekoran itu dalam Muktamar PAS Kawasan Miri baru-baru ini, perwakilan membuat ketetapan melalui usul agar PAS bertanding di Parlimen Miri mewakili Pakatan Rakyat.

Tiket-tiket makan malam boleh didapati melalui saudara Arifiriazul (0138377505) atau saudara Azwani (0133603290) dengan harga RM50 setiap
satu.

Selain Abdul Hadi, turut serta menjadi tetamu majlis makan malam ini adalah Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang mendapat undi paling tinggi dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: