drhalimahali

POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!!

In Uncategorized on July 11, 2011 at 6:26 am
Polis: Tiada gas pemedih mata dilempar di Tung Sin
Joseph Sipalan 
MALAYSIAKINI
Jul 10, 11
4:12pm

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam
menggunakan “kekerasan yang munasabah” untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

“… Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.
l
Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: