drhalimahali

BN nak terjemah apa ni?

In Uncategorized on July 13, 2011 at 5:59 am

Sunday, 10 July 2011


SYAHID SEORANG PEJUANG SEBAIK SELESAI IMAMKAN SOLAT

Beliau sedang membaca doa sambil seorang lelaki
berbangsa cina memegang pembesar suara

Keadaan arwah tatkala lemas terhidu gas pemedih mata.
Beliau meninggal dunia di medan tempur

Sebelum dari itu, arwah sempat mengimamkan solat
ALFATIHAH…
ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.
Bismillahirrahmanirrahim …Sahabat kita ini telah meninggalkan satu kenangan manis dalam sejarah negara. Persaudaraan diantara rakyat dalam negara ini walau ianya berbeza warna kulit dan agama.Demi menegakkan KEADILAN, ALLAH Subhallah taala membuka pintu hati diantara kedua-dua bangsa ini bersatu dan berkerjasama dalam melaungkan kalimah Allah.
Kelihatan gambar diatas seakan Allahyarham berdoa dengan khusyuknya kepada Allah sambil seorang pemuda Cina memegang pembesar suara yang kelihatan tiada apa-apa masalah diantara mereka. Semangat tolong menolong diantara kita rakyat MALAYSIA dan ini sebagai ICON/SIMBOLIK KEPADA TUNTUTAN KEADILAN.
Ingatlah firman Allah;
“Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).”
(Al Hujurat ayat 13)
Ini adalah satu perkara yg unik dan tidak pernah berlaku di negara ini. Ini merupakan satu kebangkitan. Suasana yang dianjurkan Islam iaitu ke arah perpaduan, saling toleransi, tolak ansur, memahami, menghormati dan sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah hamba-Nya yang beriman.
Bersatu hatilah kita semua rakyat MALAYSIA. Jangan ada diantara kita ketamakkan, hasad dengki dan perangai tercela. Haruslah kita bergabung demi NEGARA kita dan HAK kita sebagai rakyat MALAYSIA. Lebih besar dari itu DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Jangan disiakan nyawa sahabat kita dan petunjuk dari TUHAN YANG MAHA ESA.Inilah peluang kebangkitan diantara kita semua. Jika ALLAHYARHAM BAHARUDDIN boleh memberi tauladan kepada kita diatas semangat setiakawan tanpa mengira bangsa. APA mungkin kita yang hidup ini tidak boleh menyambung perjuangan beliau.
Ana cukup terkesan akan keunikkan ini. Tiada kata yang indah untuk menggambarkannya. Bermulalah kebangkitan rakyat MALAYSIA melakar sejarah negara. Ke arah MALAYSIA yang lebih baik, Ke arah Malaysia berlandaskan Islam, yang diterima oleh semua. PAS 4 ALL, TAKBIRRRRRRR!!!!

http://pemudapasbatakrabit.blogspot.com/2011/07/syahid-seorang-pejuang-sebaik-selesai.html?spref=fb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: