drhalimahali

Peraturan antarabangsa:hospital adalah tempat selamat,hanya Israel langgar setakat ini

In Uncategorized on July 14, 2011 at 8:45 am

Doktor kecam polis tembak gas ke hospital

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.

“Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air,” kata mereka dalam satu kenyataan yang diemelkan ke Harakahdaily.

Kenyataan tersebut merupakan reaksi pertama daripada kumpulan doktor selepas polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital.

Ini diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menyerang dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.

Pelbagai bukti video walaubagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnyat telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong turut mengecam pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata.

“Ia adalah menjijikkan bahawa pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengurus negara dan melindungi yang lemah dan memerlukan, tanpa malu dinafikan secara umum, kejadian-kejadian walaupun tidak terkira banyaknya foto, video, dan pengakuan saksi mata tentang apa yang sudah jelas kepada semua pemerhati bebas,” kata mereka.

Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu menyertai polemik selepas perhimpunan aman besar-besaran yang dipanggil oleh kumpulan Bersih yang menuntut pembaharuan pilihan raya, para doktor tersebut di mana ada beberapa orang yang bertugas di hospital-hospital yang terlibat semasa kejadian itu, berkata mereka bersedia untuk menyediakan afidavit bersumpah “jika perlu, kepada kebenaran insiden”.
Kenyataan itu juga mengingatkan para pemegang jawatan awam untuk menunaikan tugas mereka dengan “integriti moral, maruah, dan ketelusan”.
“Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat tinggi,” tegas mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: