drhalimahali

Penyokong dan pendokong PAS perlu berbesar hati menerima ahli UMNO dalam kapal UMNO yang tengah tenggelam

In Uncategorized on July 29, 2011 at 2:15 am
Umno masih harap dapat kerjasama dengan PAS
Jul 28, 11 10:52am
Kongsi 228
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.

NONE“Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.

“Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini,” katanya.

Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: