drhalimahali

Orang awam terdedah kepada risiko jika polis tidak prihatin

In Uncategorized on July 30, 2011 at 8:29 am

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

“Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

“Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk …. Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam,” kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: