drhalimahali

Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!!!

In Uncategorized on October 9, 2011 at 5:49 am
Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS | Print |
Muhammad Faeez   
TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.
Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran ‘Jom Masuk PAS’ di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.
Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.
“Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik,” katanya dengan nada kesal.
Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
“Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya,” katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.
“Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?” soalnya ketika melancarkan Program ‘Jom Masuk PAS’ anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.
“Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama ‘digari’ . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus,” tegasnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: