drhalimahali

TOKOH AKADEMIK JADI MANGSA: KES AZIZ BARI APA HAL?

In Uncategorized on October 21, 2011 at 3:12 am
Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai “tindakan mengampu”.

NONE“Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.

“Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

“Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai “tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik”.

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai “kepimpinan baru di UIA” yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

“Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik,” katanya.

Kesilapan besar
Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz.

azlan“Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.

“UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” katanya.

Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – bawah MAIS – terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti “mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: