drhalimahali

Archive for November, 2011|Monthly archive page

Akhlak terpuji sangat dituntut daripada semua pejuang PAS

In Uncategorized on November 29, 2011 at 5:04 am

Jom hijrah daripada sifat jelek ke akhlak terpuji seperti Nabi s.a.w

Advertisements

Jom bangungkan KHAIRA UMMAH!

In Uncategorized on November 25, 2011 at 7:23 am

Sambutan Tahun Baru Islam 1433Hijrah

    GeMS Selangor mahu mendepani masalah-masalah yang sinonim dengan golongan remaja Muslim seperti yang selalu terlalu terpapar di dada akhbar media massa arus perdana samada media cetak mahupun media elektronik dengan pendekatan proaktif dan positif.Ini berbeza dengan kaedah reaktif dan menekan serta punitif yang semakin menjauhkan golongan remaja-belia(golongan REM-BEL) ini dari kalangan dewasa. Ini bererti golongan REM-BEL akan semakin renggang dari ibubapa, guru-guru, pimpinan masyarakat seperti ketua kampung, imam, mana-mana ketua komuniti kerana wujudnya jurang komunikasi yang lebar. Jiwa mereka akan memberontak terhadap apa yang ditanggapi sebagai membebankan, membosankan dan membelenggukan dan menyakitkan hati, meluap perasaan hingga menatijahkan pemikiran yang sekaligus diikuti dengan tindakan yang negatif dan merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negeri amnya.
 Lazimnya, golongan REM-BEL dianggap kanak-kanak dewasa yang sudah tidak perlu diberi perhatian khas kerana mereka sudah ‘besar’. Perkembangan dan pembangunan harian, mingguan, bulanan mereka sangat jarang dirancang.Keluarga mereka dapati mereka ‘tiba-tiba’ besar secara fizikal.Mereka sudah pandai melawan kata-kata orang tuanya. Mereka sudah mula memarahi ibunya.Mereka sudah tidak pedulikan teguran ayahnya.Mereka sudah mula kerap keluar rumah tanpa had masa pulang.Akhirnya derita ibu dan bapa menyaksi gelagat anak yang dahulu kecil, lemah dan bergantung sepenuhnya kepada mereka sudah semakin ‘hilang’.
   Bukan sekadar tutur bahasa yang biadap, tingkah laku yang tidak sopan, mengaji, belajar payah sekali.Si anak mula menghisap rokok.Kemudian naik pangkat kepada dadah berperingkat-peringkat tanpa disedari ibubapa. Akhirnya terlalu lambat.Nasi sudah menjadi bubur.Si anak menjadi penagih dadah.Untung-untung bukan pengedar dadah.Risiko tetap melangit untuk menjadi keldai dadah, pengedar bahkan penjenayah kerana runtunan ketagihan memaksa sipenagih melakukan apa sahaja hatta membunuh.
    Sanggup menjualkan maruah diri samada REM-BEL ini perempuan mahupun lelaki.
    Pemerhatian jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Ngeri Selangor(GeMS) menunjukkan REM-BEL Muslim mencari-cari pengisian JIWA mereka.Hati yang gersang kasih sayang, rohani tenat yang memerlukan rawatan spiritual jelas terbukti apabila lambakan golongan REM-BEL akan berada di dataran-dataran untuk menyambut tahun baru, buat perkara yang lagha hingga terlanjur ke kancah dosa dan  maksiat,minum arak dan berzina.
   Justeru, Jawatankuasa GeMS Negeri Selangor memutuskan memberi erti, makna dan nilai kepada sambutan tahun baru Islam, mulanya tahun baru dalam kalendar Islam.Mengembalikan signifikan peristiwa Hijrah di mana bermula kalendar Islam untuk dihayati dan dipahat kekal ke sanubari ummat. Inilah permulaannya proses hijrah daripada hidup dalam suasana jahil kepada suasana iman dan taqwa melalui proses pengilmuan berterusan diri.
   Maka, satu program tajdid fokus kepada REM-BEL dan semua stakeholders yang berkaitan dengan REM-BEL yang terdiri dari ahli keluarga, komuniti setempat, pemimpin, aktivis masyarakat serta role models melalui satu program yang berupa ‘rebranding’ atau penjenamaan semula program tahunan biasa yang selama ini seolah-olah tidak menggamit minat REM-BEL iaitu MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM 1433H.
  Perincian program:
Tarikh: Bermula 26.11.11(SABTU)
Waktu: 6.00ptg doa akhir tahun
             7.15mlm maghrib berjemaah
             7.30mlm doa awal tahun
              8.20mlm isya’ berjemaah
              9.00mlm ceramah perdana
             10.30mlm kambing bakar(REM-BEL)
             12mlm:rehat
 27.11.11: 4.00pg:qiyamullail:Us Othman Ibrahim
              6.00pg: solat subuh
              6.20pg kuliyyah Subuh( Us.Don)
              7.30pg persiapan berarak
              9.00pg majlis perasmian
                   anugerah TOKOH MAAL HIJRAH KLANG; Anugerah pelajar cemerlang; anugerah jasamu dikenang

Tempat:MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, Klang.
JOM datang ramai-ramai.

BN serba salah kes PTPTN?

In Uncategorized on November 22, 2011 at 6:36 am

MULA-mula disenaraihitamkan. Kemudian kata tidak perlu bayar kalau tidak dapat kerja…….interest @ riba meningkat tidak?!

Doa Ma’thurat:Ustaz abd ghani shamsudin

In Uncategorized on November 17, 2011 at 2:51 pm

Selangor tukar hutang tinggalan BN kepada harta/tunai yang dikongsi dengan rakyat

In Uncategorized on November 17, 2011 at 5:33 am

Pemimpin amanah menguntungkan rakyat.Jaga hak rakyat. Cari jalan untuk membahagiakan rakyat

Ketua pembangkang BN: didedahkan oleh MB Selangor

In Uncategorized on November 17, 2011 at 4:59 am

Tanah kerajaan Selangor adalah amanah yang perlu dijaga dengan baik. Bukan diperdagangkan sesuka hati.Natijahnya Selangor tidak cukup tanah untuk sekolah, padang, bahkan kubur.

Sewajarnya rakyat Selangor peka dan prihatin apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang sedang menggula-gulakan mereka dengan memberi RM100 tunai untuk anak mereka sekali sahaja.Ini terang-terang mahu mengambil simpati dan membujuk rakyat untuk memberi mereka kepercayaan untuk terus memerintah.

Jangan sampai pisang berbuah dua kali!!

Guru mangsa kajian makmal kerajaan flip flop BN

In Uncategorized on November 14, 2011 at 8:20 am

NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012
November 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

KEWANGAN KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN KUKUH: meningkat 20%

In Uncategorized on November 11, 2011 at 6:11 pm

Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus
Tuesday, 25 October 2011 | Ruangan: Berita

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM 25 OKTOBER : Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu “kumpulan wang”. Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Pakatan Rakyat beri air percuma, kerajaan BN mahu rakyat Selangor kehausan

In Uncategorized on November 10, 2011 at 4:13 am

Nilai aset air Selangor RM12 bilion
Kerajaan Negeri Selangor

Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini. Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya.

Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha membolehkan penstrukturan industri air dibuat untuk manfaat rakyat negeri ini.

Sejak itu dan sehingga Januari tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan ia telah diterima oleh ABASS dan SPLASH. Puncak Niaga dan juga SYABAS kekal menolak tawaran ini. Meskipun terdapat kelemahan dalam pengurusan SYABAS, misalnya dalam pelaburan penukaran paip, kenaikan tarif air yang tentunya boleh menambah beban rakyat Selangor cuba diusulkan. Jika kita mengambil kira kadar kenaikan tarif air pada tahun 2009 dan 2012, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71% berbanding kadarnya pada tahun 2008 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kadar kenaikan tarif tersebut.

Kini, rakyat cuba dimomokkan pula dengan kemungkinan Selangor menghadapi masalah air menjelang tahun 2014. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, nasihat oleh pakar industri air telah diambil. Berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang ada mampu menampung keperluan seluruh Lembah Klang adalah sehingga 2019. Momokan kepada rakyat untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan Projek Penyaluran Air Mentah adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana kajian berkaitan sumber lain serta pengurangan kadar air tanpa hasil (non-revenue water) tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor boleh memberikan tambahan kepada bekalan air yang diperlukan, namun biarlah ia dibuat dengan lebih teliti agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Tuntutan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal pengurusan dan bekalan air yang tidak memuaskan oleh SYABAS dan Puncak Niaga mesti turut diambil kira.

Malangnya kerajaan Persekutuan nampaknya lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah melantik Juru Perunding Kejuruteraan; Tetuan Erinco Sdn Bhd untuk melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut. Harus diingat, aset-aset negeri ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

Pada Jun 2011 maka selesai penilaian yang dilakukan oleh firma tersebut dan nilai asset air rakyat Selangor berjumlah RM12,000 ( Dua Belas Ribu ) juta. Inilah yang saya maksudkan sebentar tadi bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Pertarungan antara rakyat Selangor, Syarikat Konsesi Kroni dan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah memberi kita makluman bahawa rakyat Selangor mempunyai harta air berjumlah RM12 ribu juta. Harta yang selama ini tidak dipedulikan kerajaan terdahulu dan sewenang-wenangnya digunakan oleh syarikat kroni ini adalah milik rakyat Selangor.

Nilai aset air negeri ternyata jauh lebih tinggi daripada aset air pemegang konsesi. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebagai satu pendekatan memulangkan hasil negeri untuk rakyat. Ini bererti jika setiap isi rumah menggunakan 20 meter padu atau lebih setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor membayar sebanyak RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun untuk mereka. Pemberian ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi isi rumah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Meskipun kita telah membuktikan rakyat Selangor mempunyai lebih hak terhadap pengurusan air namun nampaknya Persekutuan masih mahu terus memihak kepada syarikat kroni; SYABAS dan Puncak Niaga. Pada Mei 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan mencadangkan satu model holistrik penstrukturan semula industri air Selangor. Model ini akan menyaksikan Agensi Bertujuan Khas Negeri (State Special Purpose Vehicle) menguruskan industri air ini secara meluas, daripada rawatan sehingga kepada agihan, pengeluaran bil serta khidmat pelanggan dan memajakkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); agensi yang ditubuhkan untuk memiliki seluruh aset air negara.

Dengan industri air negara telah distrukturkan melalui pengenalan Akta Industri Perkhidmatan Air (2006), cadangan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam Akta tersebut untuk mengarahkan semua syarikat konsesi menyertai rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengambilalihan.

Kerajaan Negeri Selangor juga menawarkan rundingan diletakkan di bawah arbitrasi antarabangsa dan sebarang keputusan yang terhasil akan diterima sebagai keputusan akhir. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mahu berbincang mengenainya. Malah, mesyuarat terakhir antara Kerajaan Persekutuan dan pegawai Kerajaan Negeri pada September 2011 menunjukkan mereka hanya berminat untuk mendesak Projek Pemindahan Air dan tidak mahu berbincang tentang isu penstrukturan industri air yang memberi manfaat kepada semua pengguna di Selangor.

Selain menolak perbincangan ini, Kerajaan Persekutuan turut membiayai Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), sebuah syarikat dalam senarai bursa yang pemegang saham majoritinya ialah SYABAS dan Puncak Niaga. Pembiayaan ini dilakukan melalui subsidiari milikan penuh PAAB yang telah menandatangani persetujuan pada 1 November 2011 untuk membeli bon yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga pada nilai nominal RM546,875,000 daripada PAAB. Puncak Niaga Holdings Berhad menggunakan dana yang diterima daripada pembelian semula bon yang dikeluarkan pada tahun 2001.

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa sebarang perbincangan tentang masa depan Projek Pemindahan Air perlu dibincangkan bersama penstrukturan industri air di Selangor. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pada Oktober 2011 kerajaan Selangor telah melantik syarikat juruperunding HALCROW untuk membuat audit kewangan dan teknikal ke atas SYABAS. Apa yang mahu ditegaskan ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menerima Projek Pemindahan Air dijalankan bersama industri air yang lemah dan pada kadar yang membebankan rakyat.

Sekiranya cadangan Kerajaan Negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71% yang dicadangkan oleh SYABAS boleh dielakkan. Di bawah cadangan Kerajaan Negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12% sahaja bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran. Justeri, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minima yang boleh dibiayai bersama.

Untuk makluman Tuan-tuan Yang Berhormat, lebih 1.2 juta isi rumah menerima pemberian air 20 meter padu ini dan jika kita mengambil jumlah isi rumah seramai empat hingga lima orang, bermakna hampir seluruh penduduk di Selangor menerima sumbangan ini.

Sedutan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertema Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Negeri pada 9 November 2011.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor BERJAYA BERHEMAH DALAM PERBELANJAAN simpan tunai LEBIH RM1,000juta!!

In Uncategorized on November 10, 2011 at 2:21 am

Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat | Print |
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, “adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)”.

“Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi.

Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

“Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010.

“Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.