drhalimahali

Archive for December, 2011|Monthly archive page

PROGRAM GeMS Mencorak generasi idaman Selangor

In Uncategorized on December 31, 2011 at 6:44 am

SHAH ALAM
Jumaat
30.12.11

Kerajaan Selangor telah meletak visi kerajaan untuk menjadi Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan 2025.

 Justeru kerajaan Selangor harus memfokus kepada keadaan kualiti golongan mudanya yang bakal mewarisi negeri dan menentukan masa depan generasi akan datang.

Menyedari hal ini, kerajaan Selangor mengambil ketetapan proaktif iaitu memfokus pembangunan golongan remaja-belia bagi mempastikan mereka akan menjadi modal insan yang menguntungkan diri, keluarga, masyarakat dans eterusnya negeri.

Kerajaan Selangor mahu meminimakan kadar insan liabiliti iaitu insan yang merugikan diri sendiri kerana ketagihan dadah, gam, arak, judi, seks bebas seperti jangkitan HIV-AIDS, Hepatitis B, TB dan lain-lain masalah kesihatan tubuh badan, mental dan emosi yang tidak memungkinkan mereka menjadi modal insan atau pekerja yang baik. Mustahil mereka mampu menjadi insan produktif. Bahkan mereka akan sentiasa bergantung kepada orang lain yang mencari rezeki yang halal. Selangor tidak mungkin akan menjadi negeri idaman sekiranya golongan mudanya hanyut dalam kehidupan destruktif dan tidak berwawasan.

Sudah pasti anak anak muda memerlukan bimbingan pemimpin berhati luhur yang serius mahu melihat mereka terselamat dari arus  keruntuhan akhlak. Kerajaan Selangor memutuskan mahu pelan tindakan melahirkan generasi idaman Selangor.
Cengkaman pengaruh mereka yang tidak bertanggungjawab pihak materialis dan kapitalis yang mmemperalatkan golongan naif untuk mengaut untung maksima walaupun mereka tahu mereka telah dan akan memusnahkan REMBEL(REMAJA BELIA) ini.

Maka, Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial merangka program SEMINAR GeMS yang disesuaikan dengan citarasa golongan muda dan mengetengahkan ikon kontemporari yang merupakan artis dan personaliti  yang telah berhijrah daripada kehidupan lagha kepada kehidupan bertuhan.
   Moderator bertenaga Us. Fauzan menghidupkan suasana.
Peserta merupakan remaja belia dari seluruh DUN di Selangor. Sesi khas bersama mahasiswa-mahasiswi sebagai role model kepada remaja belia umumnya juga diisi dengan sebaiknya.
Majlis dirasmi oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial merangkap EXCO KERAJAAN SELANGOR.
Turut hadir Penghulu Mukim, JKKK, AJK Masjid, PeBT, pimpinan belia, pimpinan wanita dan koordinator pembangunan modal insan serta wakil pusat khidmat DUN-DUN.
Majlis diseri dengan penyampaian PERTANDINGAN BLOG KREATIF pelbagai kategori. Tahniah UNISEL kerana berjaya menjadi urusetia penganjur.
Ini adalah di antara rangkaian pengisian program KEMPEN ANTI ZINA SIRI KE 5 SELANGOR.

Pembangunan spiritual insan yang asas

In Uncategorized on December 31, 2011 at 5:51 am

http://www.youtube-nocookie.com/v/NeDxk8MM0Ek?version=3&hl=en_US&rel=0

PAKATAN RAKYAT tiup angin perubahan ke MALAYSIA TIMUR

In Uncategorized on December 31, 2011 at 4:24 am
Pakatan sasarkan 10 kerusi di Sarawak | Print |
M Azwani Abd Rani   HARAKAHDAILY

(Sebahagian penyokong PAS, PKR dan DAP yang memenuhi majlis makan malam anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Sarawak di Miri)
MIRI, 30 Dis: Pakatan Rakyat Sarawak mensasarkan 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dan dua darinya dari daerah Miri sahaja.

Sasaran ini diluahkan dalam majlis penerangan PAS Pusat yang datang ke Sarawak minggu ini.

Melihat perkembangan dan sokongan yang semakin meningkat naik di kawasan parlimen Miri dan Sibuti, adalah tidak mustahil kedua dua Parlimen ini jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Parlimen yang dijadualkan tidak lama lagi.

Bersempena program penerangan PAS Pusat bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak selama 2 hari bermula Rabu 28 Disember lalu, lebih 12 pimpinan PAS Pusat turun menjelajah setiap Parlimen yang menjadi sasaran bagi PAS Sarawak.

Di Bahagian Miri, yang terletaknya dua Parlimen, Miri dan Sibuti, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah mengetuai misi di sini.

Sebaik tiba di Miri pada petang Rabu lepas, satu majlis makan malam Pakatan Rakyat anjuran bersama Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Miri dan Sibuti dan Sekretariat Pakatan Rakyat Miri di Eastwood Valley, Jalan Miri-Bintulu diadakan.

Kehadiran mencecah 400 orang dengan hampir 40 buah meja terjual.

Pimpinan yang hadir termasuk, Naib Presiden DAP merangkap Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan Cikgu Badrul Shahrin atau lebih dikenali Chegu Bard.

Pimpinan tempatan termasuk YDP PAS Miri, Tuan Haji Jofri dan Alan Ling dan Fong dari DAP serta pimpinan PKR turut serta.

Dalam majlis itu menyaksikan pimpinan di semua peringkat telah menyatakan bahawasanya misi Pilihanraya ke 13 adalah pertentangan antara haq dan batil selain ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus dalam muafakat politik bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.

Kegagalan Taib Mahmud untuk menunaikan janji untuk berundur bakal membangkitkan lagi sentimen anti Barisan Nasional, seterusnya melakar perubahan bersejarah dagi Pakatan Rakyat.

Dengan sasaran sekurang kurangnya 10 kerusi Parlimen dari sejumlah 31 Parlimen Sarawak, Pakatan Rakyat berkira kira Parlimen Miri dan Sibuti yang kini dipegang oleh Barisan Nasional bakal jatuh ketangan PR sekiranya sistem pilihanaraya tidak dicemari penipuan.

Ia bakal berjaya dengan syarat gerakerja sepakat dan kuat antara ketiga tiga parti komponen PR di Miri dan Sibuti ini, kata mereka.

Pada malam tersebut Dana PRU 13 telah dilancarkan dan Datuk Seri Nizar juga melancarkan Buku Negara Berkebajikan tawaran PAS yang mendapat sambutan menggalakkan dari para hadirin.
(Nizar melancarkan buku Negara Berkebajikan yang diterbitkan PAS)

Program sebelah pagi dan petang Khamis yang diatur pula melibatkan pertemuan dengan pengundi dan program kebajikan di sekitar Pasar Tamu di Miri, Permyjaya dan Sibuti turut membuktikan pernerimaan PAS sebagai satu daripada elemen terpenting Pakatan Rakyat di Sarawak.

Walaupun program cuba dihalang pihak berkuasa dengan mengugut pengundi sekitar, namun semuanya berjalan lancar.

Pada malam sebelum keberangkatan pulang, kedua-dua pimpinan telah memberikan taujihat kepada semua petugas PAS Kawasan Miri dan Sibuti dalam memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Siapa yang nak sangat ganti YAB TOK GURU untuk jadi MB Kelantan dulu?

In Uncategorized on December 24, 2011 at 5:08 am
Masuk derma ke akaun ahli politik ‘tak boleh diterima’

Badan pemantau rasuah – Transparency International Malaysia (TIM)  – berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan – politik atau tidak – ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

“Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

“Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan rasuah kerana tidak ada peraturan-peraturan yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan,” katanya.

Semalam, Awang mengakui menerima sumbangan wang tunai dalam tiga akaun peribadinya, tetapi berkata wang tunai itu adalah untuk program kebajikan di Bachok, di mana beliau merupakan ketua Umno bahagian.

Melayu mahu dijadikan buruh paksa kerajaan UMNO NAJIB

In Uncategorized on December 23, 2011 at 4:52 am

http://www.youtube-nocookie.com/v/-6fiefGctO8?version=3&hl=en_US&rel=0

Kerajaan Selangor taja International Conference on Islamic Education(ICIED)2011

In Uncategorized on December 21, 2011 at 6:52 am

Nasional » Sentral » Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor

Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor

Oleh Hafizan Taib
19/12/2011
319 View

Share

BANGI, 19 DIS – Kerajaan Selangor mengalu-alukan usaha memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri ini dengan menjalinkan kerjasama erat antara semua pihak termasuk pakar pendidikan dan ahli akademik Islam.
Oleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melihat Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Ke-2 (ICIEd2011) sebagai ruang terbaik dan harus digalakkan demi kebaikan sistem pendidikan Islam di peringkat global.
“Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam bidang pendidikan Islam yang boleh melakukan penyelidikan dan memberi pandangan mereka untuk memperbaiki sistem sedia ada.
“Inovasi dalam pendidikan Islam perlu dipertingkatkan supaya kita dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam membangunkan pengetahuan,” katanya ketika merasmikan ICIEd2011 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya sini hari ini.
Menteri Besar memaklumkan semua pihak perlu memainkan peranan yang bersepadu dan menyeluruh untuk memastikan pendidikan Islam boleh menyumbang kepada dunia dalam erti kata sebenar.
Tambahnya, kerajaan negeri sendiri menerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diketuai, Dr Halimah Ali sedang merancang menjadikan Selangor sebagai hab untuk pengetahuan pendidikan Islam dan juga destinasi pelancongan yang berdasarkan konsep Edu-Pelancongan melalui ICIEd2011.
Katanya, usaha bagi membaiki dan meningkatkan pendidikan Islam juga adalah inisiatif Kerajaan Negeri ke arah mencapai kemajuan dan kualiti pada tahap membanggakan.
ICIEd2011 bertemakan “Pendidikan Islam : Sumbangan Kepada Dunia” akan mengupas pelbagai persoalan dan isu berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan Pendidikan Islam serta sumbangannya kepada dunia.
Melalui perkembangan teknologi komunikasi dan informasi semasa Pendidikan Islam mampu berkembang dan memanfaatkan peranannya khususnya dalam perkembangan tamadun dunia.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan awam, Datuk Dr Hasan Ali; Rektor KUIS, Datuk Dr Aziuddin Ahmad dan Pengarah Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam, Profesor Dr Ab Halim Tamuri.

Projek Jambatan Kpg Delek Ke Pelabuhan Klang

In Uncategorized on December 21, 2011 at 6:41 am

Kampung Delek bakal membangun terus dengan wujudnya jalan alternatif baru yang  boleh digunakan oleh pekerja dan pengguna yang menghala ke Pelabuhan Klang dan juga ke Lebuhraya Shapadu tanpa mengalami kesesakan lalu lintas kritikal khususnya waktu kemuncak iaitu pagi dan petang. Selama ini penduduk mengambil jalan pintas dengan menggunakan jambatan kecil JPS yang sebenarnya merupakan kunci air dan hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja.Bayangkan betapa payahnya ribuan orang yang perlu menyeberang sungai ini setiap hari bertahun-tahun lamanya.

Satu perkara yang amat penting yang menyebabkan saya selaku ADUN SELAT KLANG mendesak JKR Selangor memberi perhatian khusus kepada laluan ini ialah keperluan untuk membawa jenazah daripada Kampung Delek, Kpg Sg Udang dan sekitar KAWASAN DUN SELAT KLANG yang perlu melalui jalan jauh keluar daripada Selat Klang dan perlu pusing lalu ke Pelabuhan Klang untuk ke tapak perkuburan yang hanya di seberang sungai.

Majlis pecah tanah tadi telah dihadiri oleh Pengarah(Jalan) JKR Selangor, JKR Klang, Pegawai JPS Klang, KADO Tanah Klang, Penghulu Klang, Ketua Kpg Delek, Nazir Masjid, Ahli Majlis MPK, Pengerusi surau-surau berhampiran, penduduk tempatan.

ADUN SELAT KLANG rasmi majlis pecah tanah jambatan baru Kpg Delek

In Uncategorized on December 21, 2011 at 5:24 am

KLANG, 20 DIS : Kesesakan lalu lintas tidak lagi menjadi masalah buat pengguna jalan perhubungan Kampung Delek dan Pelabuhan Klang di masa hadapan. Ini kerana pagi tadi telah berlangsung Majlis Pecah Tanah untuk Projek membina Jambatan di atas Sungai Telok Gadung di Jalan Sri Perantau, Sungai Delek Klang.Majlis tersebut disempurnakan oleh ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali diiringi Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR, Jalalonmuhali Abd Rahman.
Pembinaan jambatan yang menelan kos sekitar RM3 juta itu dijangkakan akan mengurangkan 40 peratus kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.
“Jambatan ini turut direka bukan sahaja untuk kenderaan ringan, malah untuk laluan kenderaan berat juga. Jadi laluan ini dijangka akan menjadi laluan utama penduduk dan juga orang luar ke Pelabuhan Klang.
Namun begitu, dengan adanya kenderaan yang banyak melalui jalan ini, penduduk harus lebih peka dengan isu-isu keselamatan mereka,” ujar Jalalonmuhali.
Sementara itu, Menurut Halimah, keperluan menyediakan prasarana terbaik menjadi agenda penting kerajaan demi menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyat.
“Kerajaan bukan sahaja melihat kualiti kerja malah ingin memastikan bahawa setiap sen yang dikeluarkan itu berbaloi.
“Oleh itu, rakyat juga diseru untuk memantau projek demi memastikan aspek-aspek yang dijanjikan berjaya diperolehi,” jelas Halimah yang juga merupakan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Jambatan yang akan dibina melibatkan jalan raya sepanjang 800 meter dengan kelebaran 10.5 meter dan 23 meter panjang serta dibina mengikut standard R3 iaitu mempunyai laluan dua hala.
Pembinaan jambatan tersebut dijangka siap dalam tempoh setahun.
Buat masa ini, penduduk tempatan menggunakan jambatan kunci air milik JPS yang digunakan untuk mengawal pasang surut air di Sungai Telok Gadung.
Bagaimanapun, oleh kerana laluan tersebut merupakan jalan pintas terdekat Ke Pelabuhan Kelang ia digunakan oleh kebanyakan penduduk sekitar.
Di penghujung majlis itu juga, Halimah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Delek baru-baru ini.

Why do MALAYS fear change in the government?

In Uncategorized on December 18, 2011 at 5:34 am

Anwar breaks into Malay heartland as sodomy verdict, polls loom

December 17, 2011
KUALA LUMPUR, Dec 17 — Faced with the possibility of being thrown behind bars again, Datuk Seri Anwar Ibrahim is wasting no time to embark on an aggressive campaign to woo voters from Barisan Nasional’s (BN) traditional Malay stronghold areas.
With a looming general election and sodomy trial verdict weighing on his shoulders, the Pakatan Rakyat (PR) de facto leader is making the most of his freedom by going deep behind enemy lines, trying hard to sway the psyches of the country’s ethnic majority — who are traditionally supportive of Umno-BN.
In a series of trips beginning with Temerloh, Kuantan yesterday, Anwar’s message to the Malay folks in these areas was plain and simple: Vote BN out if you want reform and change in governance.
Speaking to a 500-strong audience at Shakira Cafe, Batu 1 yesterday, Anwar charged that BN’s on-going abuse of power and cronyism had resulted in a majority of Malays suffering, while only an elite minority reaped rewards.
The PKR leader claimed that Malays in rural areas failed to see this due to the successful campaign by Umno in blaming the Chinese community for monopolising the country’s riches.
“Why do you blame the Chinese? You have Malay representatives, Malay district officers, Malay Mentri Besars. So why are Malays getting poorer?
“If you look at Pahang itself, it is rich, logging has been done for 50 years. But why has the rewards not reached the people?” he was quoted by PAS organ Harakahdaily as saying.
Anwar (picture), a former Umno deputy president said that his PR coalition will break Umno-BN’s monopoly chain and return the people their rights.
“Last time when Robert Kuok was in control of the sugar concession, the price hike was not that bad but when Umno cronies took over, sugar went up four times.
“We see taxi drivers doing their best to make a living, but some Umno division leaders have hundreds of taxi permits. This is what we need and will change,” said Anwar.
He guaranteed that once PR took over Putrajaya, the price of oil and electricity will go down within the first 24 hours.
“We will set the government minimum wage at RM1,100 and we will see which government does not dare set its minimum wage,” he added.
This election is as crucial for Opposition leader Anwar as it is for his rival Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
For Anwar, it is a matter of proving his relevance and legitimacy as the leader of his fledgling PR pact, after being hit with countless allegations of sexual improprieties which included an alleged sex video.
For Najib, the election will be referendum for the Umno president who took over from his predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009.
While considered highly popular among voters, Najib’s credibility was badly hit following his administration’s handling of the infamous July 9 rally.
He immediately announced a slew of reforms after that, which included a Peaceful Assembly Act, repeal of the Internal Security Act (ISA) as well as allowing university students above 21 to join politics outside of campus grounds.

ABU dan JEPUN…..coming soon ….Malaysia Spring!!

In Uncategorized on December 17, 2011 at 6:00 am
Asalkan Bukan Umno bergema lagi
Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.
Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.
Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk “Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN” ini.
Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu “semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno.”

NONE“Ia bukan milik sesiapa,” katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun
Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE“Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata ‘oh asalkan bukan LDP,” kata Mahfuz lagi.
Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

“Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan,” soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

“Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja,” katanya pemuda dari Melaka itu lagi.
‘Akta tak bermaruah’

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE“Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?,” katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

“Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan,” tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

“Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.
“Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah,” katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.
‘Hancurkan Umno’

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE“Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang,” katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: “Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?”

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam  perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

“Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno,” katanya lagi.