drhalimahali

ISU KUIS: benarkah yuran naik?

In Uncategorized on December 2, 2011 at 6:49 am

KENYATAAN AKHBAR
Aduan “Pelajar KUIS dibebani pelbagai jenis yuran tak berkaitan” hal. 27 (2 November 2011), “Pelajar KUIS dibebani bayaran asrama tinggi” hal. 41 (4 November 2011)  dan “Minta KUIS pertimbang yuran asrama, elak tambah beban pelajar keluarga miskin” hal. 27 (8 November 2011) adalah dirujuk.
Berikut adalah kenyataan rasmi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Pihak pengurusan KUIS mengucapkan terima kasih di atas pendedahan berita tersebut dan ingin menjelaskan beberapa perkara bagi mengelakkan kekeliruan dan polemik yang berpanjangan.
1.         Isu kenaikan yuran penginapan yang ditimbulkan sebenarnya tidak berlaku kerana KUIS telah menetapkan kadar caj di antara RM5.50 hingga RM11.00 sehari untuk setiap pelajar bergantung kepada jenis bilik yang dipilih dan jumlah hari bagi sesuatu semester.
2.         Bermula tahun 2011, pihak pengurusan KUIS telah bersetuju untuk mewajibkan setiap pelajar untuk tinggal di asrama bagi menjayakan Program Ta’dib Pelajar yang menumpukan kepada pembangunan peribadi dan pengajian akademik pelajar. Namun demikian untuk kes-kes tertentu, pihak KUIS boleh mempertimbangkan permohonan pelajar untuk menetap di luar asrama dengan alasan yang munasabah.
3.         Berkenaan dakwaan lebihan PTPTN yang tidak mencukupi, dimaklumkan bahawa wang pinjaman pendidikan disalurkan kepada pelajar secara “direct debit” oleh pihak PTPTN di mana potongan yuran dimasukkan ke dalam akaun kolej manakala lebihan pinjaman dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar berdasarkan data potongan yang telah dikemaskini pihak kolej.
4.         Pihak PTPTN juga mengenakan potongan insuran pinjaman bergantung kepada jumlah pinjaman, umur pelajar dan tempoh bayaran balik menyebabkan terdapat perbezaan di antara jumlah bayaran potongan yuran dan baki lebihan yang tidak sama.
5.         Sebagai sebuah IPTS yang berdaya saing, KUIS sentiasa memastikan proses pengajian dan pembelajaran berada di tahap yang memuaskan selain berusaha melakukan penambahbaikan secara berterusan. Sehubungan itu, KUIS mengenakan yuran perkhidmatan makmal komputer RM100 setiap semester bagi tujuan tersebut manakala yuran internet tanpa wayar hanya dikenakan kepada pelajar yang mendaftar perkhidmatan tersebut.
6.         Bagi proses gugur tambah kursus pula, pelajar perlu melaksanakan proses tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang denda dikenakan seperti yang telah termaktub dalam Peraturan Akademik KUIS. 
7.         Pihak pengurusan KUIS turut bersedia untuk mengadakan sesi dialog dengan pelajar untuk memberikan penjelasan bagi mengatasi masalah pelajar yang berbangkit agar kualiti dan kecemerlangan akademik KUIS tercapai.
Kenyataan Akhbar oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Noh Shah, Pendaftar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: