drhalimahali

UMNO cari strategi kekal di upah rakyat untuk tadbir Malaysia walau PKFZ,NFC, Jet hilang enjin, rasuah resam parti!!

In Uncategorized on December 3, 2011 at 8:50 am
Umno pilih tiga pendekatan lain bagi kekal berkuasa

Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap paling penting dalam sejarah Umno, tiga pemimpin utamanya menyampaikan ucapan dasar dengan berkobar-kobar, semuanya dengan tujuan menaikkan semangat perwakilan menjelang pemilihan itu.

NONEBagi presiden Umno, Datuk Najib Abdul Razak, beliau memilih kesederhanaan dan pendekatan untuk berdamai. Namun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih tema “Ketuanan Melayu” dan menjadi orang Cina sebagai momokannya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan lebih intelektual. Beliau menggesa ahli-ahli parti yang muda supaya lebih progresif dan liberal. Namun ini dijangka tidak dapat difahami oleh kebanyakan perwakilan.

Ketika ini, Umno cuba memperlihatkan parti itu sebagai terbuka tetapi pada masa yang sama berpegang kukuh terhadap konsep Melayu, meskipun Najib telah berulang-kali, khususnya sejak mengambil tampuk pentadbiran pada 2009 berkata Umno perlu melalui proses transformasi untuk kekal relevan.

NONERentak dan nada perbahasan pada perhimpunan kali ini ditetapkan oleh Muhyiddin Yassin yang pada malam Selasa lalu memalu gendang bahawa perpaduan Melayu hari ini menghadapi ancaman yang semakin menonjol daripada masyarakat Cina dan penganut Kristian.

Pada ucapannya beliau menggesa perwakilan supaya berjihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Beliau juga menggambarkan parti DAP yang didominasi oleh masyarakat Cina sebagai “parti paling rasis” dan musuh utama Umno.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: