drhalimahali

ADUN SELAT KLANG rasmi majlis pecah tanah jambatan baru Kpg Delek

In Uncategorized on December 21, 2011 at 5:24 am

KLANG, 20 DIS : Kesesakan lalu lintas tidak lagi menjadi masalah buat pengguna jalan perhubungan Kampung Delek dan Pelabuhan Klang di masa hadapan. Ini kerana pagi tadi telah berlangsung Majlis Pecah Tanah untuk Projek membina Jambatan di atas Sungai Telok Gadung di Jalan Sri Perantau, Sungai Delek Klang.Majlis tersebut disempurnakan oleh ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali diiringi Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR, Jalalonmuhali Abd Rahman.
Pembinaan jambatan yang menelan kos sekitar RM3 juta itu dijangkakan akan mengurangkan 40 peratus kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.
“Jambatan ini turut direka bukan sahaja untuk kenderaan ringan, malah untuk laluan kenderaan berat juga. Jadi laluan ini dijangka akan menjadi laluan utama penduduk dan juga orang luar ke Pelabuhan Klang.
Namun begitu, dengan adanya kenderaan yang banyak melalui jalan ini, penduduk harus lebih peka dengan isu-isu keselamatan mereka,” ujar Jalalonmuhali.
Sementara itu, Menurut Halimah, keperluan menyediakan prasarana terbaik menjadi agenda penting kerajaan demi menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyat.
“Kerajaan bukan sahaja melihat kualiti kerja malah ingin memastikan bahawa setiap sen yang dikeluarkan itu berbaloi.
“Oleh itu, rakyat juga diseru untuk memantau projek demi memastikan aspek-aspek yang dijanjikan berjaya diperolehi,” jelas Halimah yang juga merupakan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Jambatan yang akan dibina melibatkan jalan raya sepanjang 800 meter dengan kelebaran 10.5 meter dan 23 meter panjang serta dibina mengikut standard R3 iaitu mempunyai laluan dua hala.
Pembinaan jambatan tersebut dijangka siap dalam tempoh setahun.
Buat masa ini, penduduk tempatan menggunakan jambatan kunci air milik JPS yang digunakan untuk mengawal pasang surut air di Sungai Telok Gadung.
Bagaimanapun, oleh kerana laluan tersebut merupakan jalan pintas terdekat Ke Pelabuhan Kelang ia digunakan oleh kebanyakan penduduk sekitar.
Di penghujung majlis itu juga, Halimah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Delek baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: