drhalimahali

Kerajaan Selangor taja International Conference on Islamic Education(ICIED)2011

In Uncategorized on December 21, 2011 at 6:52 am

Nasional » Sentral » Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor

Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor

Oleh Hafizan Taib
19/12/2011
319 View

Share

BANGI, 19 DIS – Kerajaan Selangor mengalu-alukan usaha memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri ini dengan menjalinkan kerjasama erat antara semua pihak termasuk pakar pendidikan dan ahli akademik Islam.
Oleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melihat Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Ke-2 (ICIEd2011) sebagai ruang terbaik dan harus digalakkan demi kebaikan sistem pendidikan Islam di peringkat global.
“Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam bidang pendidikan Islam yang boleh melakukan penyelidikan dan memberi pandangan mereka untuk memperbaiki sistem sedia ada.
“Inovasi dalam pendidikan Islam perlu dipertingkatkan supaya kita dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam membangunkan pengetahuan,” katanya ketika merasmikan ICIEd2011 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya sini hari ini.
Menteri Besar memaklumkan semua pihak perlu memainkan peranan yang bersepadu dan menyeluruh untuk memastikan pendidikan Islam boleh menyumbang kepada dunia dalam erti kata sebenar.
Tambahnya, kerajaan negeri sendiri menerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diketuai, Dr Halimah Ali sedang merancang menjadikan Selangor sebagai hab untuk pengetahuan pendidikan Islam dan juga destinasi pelancongan yang berdasarkan konsep Edu-Pelancongan melalui ICIEd2011.
Katanya, usaha bagi membaiki dan meningkatkan pendidikan Islam juga adalah inisiatif Kerajaan Negeri ke arah mencapai kemajuan dan kualiti pada tahap membanggakan.
ICIEd2011 bertemakan “Pendidikan Islam : Sumbangan Kepada Dunia” akan mengupas pelbagai persoalan dan isu berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan Pendidikan Islam serta sumbangannya kepada dunia.
Melalui perkembangan teknologi komunikasi dan informasi semasa Pendidikan Islam mampu berkembang dan memanfaatkan peranannya khususnya dalam perkembangan tamadun dunia.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan awam, Datuk Dr Hasan Ali; Rektor KUIS, Datuk Dr Aziuddin Ahmad dan Pengarah Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam, Profesor Dr Ab Halim Tamuri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: