drhalimahali

EXCO Pendidikan Amal Ronda sekolah/tadika minggu pertama.

In Uncategorized on January 7, 2012 at 5:33 am

DUN SELAT KLANG
3.1.12
YB Dr Hjh Halimah Ali memulakan sesi persekolahan setiap tahun dengan meninjau tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan DUN Selat Klang.
Amat membanggakan melihatkan telatah anak-anak yang masuk tahun 1 tidak menunjukkan resah atau menanggis kerana mereka telah menyesuaikan diri ketika di tadika.

 Tadika-tadika mengambil peluang untuk memulakan hari pertama pelajar memulakan sesi persekolhan dengan majlis penerangan peraturan dan menjawab kemusykilan ibubapa.

 Fitrah anak-anak suka mencuba yang baru. Sifat mahu tahu amat menonjol dikalangan kanak-kanak. Ini kadang-kadang menyebabkan ibu bapa yang tidak faham naik berang kerana boleh mengundangkan bahaya pada diri seperti mencuba perkakas letrik, alat tajam dsb. Sifat ini perlu dieksploitasikan untuk menanam minat ‘mengkaji dan mencuba’. Jika dipupuk mereka ini akan meminati sains.
     Sekiranya ‘inquisitiveness’ mereka dibantut dengan sentiasa dimarahi atau dilarang, kemampuan ini akan terbantut dan mereka yang takut mencuba ini akan membuakkan rasa kurang puashati.
   Pendapat EXCO Pendidikan Selangor ialah ibubapa, guru, masyarakat sekeliling dan pemimpin semua peringkat mesti meletakkan pelajar sebagai aset paling besar nilainya. Bahkan lebih besar daripada wang ringgit atau harta fizikal. Justeru perancangan pembangunan sesebuah tempat mesti mengangkat pembangunan insan ini sebagai agenda paling utama. Pembangunan yang lain seperti prasarana adalah bagi mengisi keperluan insan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: