drhalimahali

Duit rakyat = duit UMNO??!!

In Uncategorized on January 24, 2012 at 4:38 pm

Umno ‘perasan’ BR1M dari kocek mereka

Harakahdaily, 23 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.
Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

“Umno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

“Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

“Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno,” tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.

“Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.

“Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.

Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.

“Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.

“Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka,” sindirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: