drhalimahali

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor lancar kempen anti zina siri ke 6

In Uncategorized on February 12, 2012 at 6:14 am

 11.2.12
UNISEL
KUALA SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor teruskan kempen kesedaran masyarakat terhadap bahaya zina dan bersama bangkit mengatasi masalah kronik yang melarut ke dalam masyarakat Islam dek kejahilan yang menyerang urat saraf umat Islam. Kempen anti zina siri ke 6 sempena Hari Kekasih yang lazim disambut dengan begitu ghairah oleh muda-muda termasuk yang beragama Islam.
Golongan muda lazimnya bertindak mengikut rentak dan suasana yang dicorak oleh kapitalis yang mahu mengaut keuntungan selain mereka yang beragenda mahu merosakkan remaja belia Islam. Mudah tertipu dengan bujuk rayu pemangsa yang menunggu peluang keemasan dalam suasana yang telah disetkan agar menjadi seolah-olah normal sekira-kiranya memadu kasih walau tiada tali ikatan pernikahan yang sah . Inilah diantara masalah besar umat Islam yang telah dibentuk melalui model pendidikan yang gagal memahamkan mereka erti kehidupan sebenar.
Remaja membesar dengan minda yang tidak boleh menggarap erti kehidupan, tidak boleh membezakan diri mereka sebagai manusia berbeza dengan haiwan yang hanya tunduk kepada hawa nafsu. Namun haiwan yang tunduk patuh kepada peraturan Allah swt sebagai pencipta. Tidak ada hubungan sejenis. Tidak ada haiwan yang melemparkan anak yang baru dilahirkan. Tidak ada binatang yang membungkus anak ke dalam surat khabar lama dan membuangnya ke dalam beg sampah. Tiada ada haiwan yang mencampak anak kandungnya ke dalam mangkuk tandas……di mana perginya sifat insan yang mulia?

Gara-gara manusia yang tiada kemudi, ia akan bertindak liar dan kejam. Akhlak rosak dan tidak kenal dosa pahala, halal dan haram. Kemudi manusia ialah rohani yang sihat. Rohani ini mampu menjadi sistem brek yang sangat berkesan apabila godaan eksternal/luaran meledakkan runtunan nafsu yang boleh mengheret golongan muda ke kancah dosa dan maksiat. Namun rohani ini hanya akan berfungsi sekiranya ia bertenaga dan sihat.
Justeru, pembangunan rohani adalah fundamental.
Anak-anak yang tidak dibangun modal rohaninya akan menjadi orang muda yang lengkap fizikal namun pertumbuhan fizikal ini sendiri boleh mengancam kesejahteraan dirinya kerana kurang kawalan kepada rangsangan  seksual.

 ‘Deraan’ daripada media elektronik dan media cetak selain daripada bahaya input visual berupa mms dan facebook semakin menyebabkan muda-mudi semakin celaru.
Keretakan rumah tangga dan kebosanan belajar juga mendorong remaja-belia mendekati zina, dadah dan arak.

   Terlalu banyak lompang dalam sistem sosial di negara ini. Bahkan sistem pendidikan itu sendiri tidak mampu menghasilkan pelajar yang celik erti kehidupan. Ramai tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka inilah yang akan hanyut dalam budaya hedonisme. Hedonisme ini akan menggoyah imannya yang sudah sedia tipis dan menjerumuskannya ke dalam pasir jerlus zina, arak, judi dan dadah.
   Majlis pelancaran di sempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor. Intipati ucapan beliau, beliau menyeru semua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin setempat bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi secara sinergistik dan melibatkan pemimpin setempat seperti JKKK, Masjid, surau dan sekolah-sekolah.
Beliau juga mengumumkan bahawa jawatankuasa GeMS  perlu dikembangkan sehingga ke akar umbi untuk berkesan kerana akhirnya pengupayaan masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya positif dan dengan sendiri meolak zina. Jiran tetangga yang peka dan prihatin, ibubapa yang sedar dan berupaya membangunkan anaknya melalui MODEL PEMBANGUNAN INSAN S.P.I.E.S dan memantaunya akan berjaya mencegah anak mereka daripada lembah maksiat dan dosa.
 Seminar mengenai cinta, persembahan didik hibur oleh SHAM KAMIKAZE dan BOB LOKMAN, UNIC DAN DEVOTEES mengisi program untuk memberi alternatif hiburan kepada muda-mudi disamping menyelit bab nilai dan pandaun ringkas bagi remaja dan pesanan khas supaya tidak terjerat dengan cinta ‘pakai buang’ yang akhirnya memberi natijah anak luar nikah dan mengundang murka Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: