drhalimahali

Mahasiswa perlu diberi ruang untuk membukti kematangan: UMNO-BN jangan masuk campur

In Uncategorized on March 2, 2012 at 5:21 am
Pro-M bantah UM perkenal sistem zon p’raya kampus

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) membantah tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan sistem zon bagi kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung akhir Mac depan.

Mereka mendakwa peraturan baru yang diumumkan kelmarin, bertujuan untuk “memecah dan mengurangkan” dominasi pelajar khususnya mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API), walaupun mereka berpendapat semua mahasiswa dari fakulti boleh bertanding kerusi itu.

NONE“Kita bantah dan tidak bersetuju dengan sistem zon yang diperkenalkan. (Pentadbiran universiti) nak mengecil dan hadkan supaya tidak ada penguasaan Pro-Mahasiswa (bagi kerusi itu),” kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini (kanan).

Lebih-lebih lagi, dakwa Mohd Syahid, berdasarkan rekod, kerusi umum memang sukar dikuasai pihak lawan khususnya Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi).

Sehubungan itu, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat sebagai asas bantahan terhadap peraturan itu sebelum bertemu dengan Naib Canselor Profesor Datuk Ghauth Jasmon awal minggu hadapan.

“Kita akan berbincang terus dengan naib canselor berhubung perkara ini,” katanya sambil mengakui mempunyai “masalah” dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Rohana Yusof.

Berbeza dengan tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini menyaksikan perubahan dari sudut kerusi umum di mana ia dibahagikan kepada lima zon. Empat zon untuk pengundi ijazah sarjana muda dan satu zon lagi untuk pelajar sarjana yang memperuntukkan satu kerusi.

Mahasiswa boleh memilih seorang atau dua calon umum bagi setiap zon yang diwakili fakulti tertentu seperti yang ditetapkan. Bagi kerusi fakulti pula, peraturannya dikekalkan dan sebanyak 32 kerusi akan dipertandingkan.

‘Kecilkan penguasaan mahasiswa API’
Dalam pilihan raya lalu, semua mahasiswa kampus itu boleh mengundi bagi memilih sembilan kerusi umum yang dipertandingkan. Pro-M menyapu bersih sembilan kerusi tersebut dan menang 16 kerusi fakulti.

Mohd Syahid – yang juga pelajar tahun akhir API – berkata jika peraturan itu dilaksanakan, mahasiswa API hanya boleh memenangi dua kerusi sahaja bagi zon yang terlibat, berbanding enam kerusi yang dimenangi mereka pada tahun lalu, kerana mahasiswa yang boleh mengundi di zon masing-masing sahaja.

universiti malaya um campus election 200109 pro mKatanya, setakat yang difahaminya, walaupun ramai calon API akan bertanding di zon tersebut, hanya dua calon sahaja yang akan dipilih, dan mereka (mahasiswa API) tidak boleh bertanding di zon lain.

“Calon API tidak dapat menguasai kerusi-kerusi umum yang lain. Ia memecahkan dominasi calon API untuk kerusi itu. Setiap tahun, setiap kali calon API bertanding, memang kita menang. Itu (pecah dominsi itu) yang kita nampak setakat ini.

“Pengundi zon itu, boleh mengundi di zonnya sahaja, tidak boleh mengundi di zon lain… Jadi sokongan (untuk) kami semakin mengecil. Mahasiswa boleh memilih dua calon umum sahaja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Mohd Syahid mendakwa tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan peraturan baru yang diumumkan kelmarin bertujuan untuk memastikan penguasaan mahasiswa API mengecil.

Ditanya sama ada mereka mempunyai tempoh untuk membantah memandangkan ura-ura pilihan raya kampus bakal berlangsung akhir Mac ini, Mohd Syahid berkata pihaknya sedaya upaya membantah perkara ini.

“Kita tidak akan putus ada. Kita akan lawan isu ini,” katanya sambil berharap mengekalkan sistem dipraktikkan pilihan raya kampus sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: