drhalimahali

ADUN SELAT KLANG ceriakan wanita di Selat Klang

In Uncategorized on March 12, 2012 at 6:40 am

 10.3.12
SELAT KLANG

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali memulakan harinya awal ke pasar pagi di Telok Pulai dengan membawa beratus tangkai bunga ros, kad ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA untuk diagihkan kepada wanita -wanita yang ditemui.

Tidak terbayang pengunjung pasar pagi selain daripada rutin mencari bekalan harian dapur mereka pada pagi yang bersejarah itu, mereka di’manjakan’ oleh ADUN mereka dengan hadiah setangkai bunga mawar dan sekeping kad yang ditulis dalam 4 bahasa untuk mempastikan mesej YB sampai kepada semua kaum wanita di DUN Selat Klang. 

 Mula-mula rombongan muslimat PAS Dun Selat Klang bersama Pejabat ADUN mengagih-agih satu persatu wanita yang dijumpai apabila sudah 4-5 orang yang dapat, pengunjung wanita yang lain menjadi ‘alert’ tengah sesuatu berlaku dan berkerumun dikeliling Dr Halimah untuk mendapatkan hadiah ‘istimewa’ sebagai  peringatan dan penghargaan kepada kaum wanita.

 Ada seorang wanita Tionghua yang cukup gembira setelah menerima bunga kemudian tetap masih rapat. YB tidak perasan dan menghulur setangkai lagi. Beliau cepat-cepat menjawab,’Saya sudah dapat. Tapi saya suka tengok. You mesti menang lagi aa..’

 Tidak kurang kaum lelaki yang terasa tersinggung kerana tidak dapat hadiah. YB ADUN terpaksa membujuk, ‘ini hari wanita’. setakat ini tidak ada hari kaum lelaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: