drhalimahali

EXCO Pendidikan rai SQUAD ANTI PONTENG SEKOLAH SMK TELOK GADONG

In Uncategorized on April 4, 2012 at 7:12 am

 2.4.12
KLANG

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali merangkap Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor (GeMS) meraikan ikhtiar bersungguh PIBG SMK TELOK GADONG menubuhkan SKUAD ANTI PONTENG DAN SAYANGI SEKOLAH yang dipengerusi oleh YDP PIBG Tn Hj Kamaluddin Rahmat.
Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah memberi penekanan kepada usaha untuk membanteras masalah ponteng dikalangan pelajar. Natijah daripada ponteng ialah kegiatan negatif dikalangan pelajar yang mudah masuk perangkap pemangsa yang sentiasa mencari peluang mengheret mangsa yang tidak waspada kepada tipu daya mereka yang mahu senang dengan menyusahkan orang lain!
Pelajar yang tidak mempunyai wawasan dan mempunyai masalah psikologi dan terganggu emosi adalah diantara mangsa yang dicari -cari  oleh pengedar dadah, sindiket maksiat dan gangster. Apabila pelajar terkena sedikit dadah, gam, arak dan zina maka mereka ini teredeah kepada masalah gian.
Semua ini akan menyebabkan mereka terganggu kesihatan dan menjadi malas ke sekolah. Semakin kronik masalah mereka semakin jarang mereka ke sekolah hingga akhirnya mereka dikenakan tindakan disiplin yang mula-mula diberi amaran hinggalah terpaksa dibuang sekolah.
    Pelajar mempunyai tenaga muda yang sekiranya tidak disalurkan ke arah yang positif akan menimbulkan penggunaan tenaga kuat itu ke arah yang destruktif seperti vandalisme, mencuri, bergaduh dan buli. Mereka akan terjebak dalam gejala sosial apabila mereka tidak memenuhi masa yang banyak dengan berada dalam sekolah untuk menuntut ilmu.
    Memandangkan ada di antara sekolah yang merekodkan jumlah pelajar ponteng sekolah yang purata 700-800 sehari maka, EXCO Pendidikan Selangor amat mengalu-alukan usaha proaktif PIBG dan mana sekolah dalam memaksimakan usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Guru yang mempunyai daya tarikan magnet mampu menarik minat pelajar ke sekolah. Sekaligus, daya tarikan guru ini boleh mengatasi daya tarikan luar yang melalai bahkan boleh menghancurkan hidup pelajar. Iklim sekolah juga sepatutnya boleh merangsangkan budaya ilmu.Pelajar sepatutnya dapat merasakan seronok belajar. Guru sepatut merasa seronok mengajar. Suasana sekeliling pula selesa dan nyaman. Semua ini akan menyebabkan pelajar suka datang ke sekolah, sayang sekolah dan menghormati dan meletakkan guru sebagai pembawa obor hidupnya yang patut diikuti tunjuk ajarnya.
   Sekiranya ini boleh berlaku, maka insyaallah akan subur proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi kepuasan kepada pelajar apatah lagi pengajar!Tidak timbul masalah ponteng jika perkara ini berlaku.
  Namun harus diingat, anak-anak mudah terusik jiwanya. Sekiranya, iklim dirumah sentiasa ribut
dan taufan.Anak itu akan risau, tidak tenang dan mungkin mendapat gangguan tidur serta selera makan. Beliau juga mudah sakit. Kenakalan dan ponteng mungkin adalah simptom luaran kepada masalah bongkah ais yang lebih kronik. Justeru, semua pihak mesti memainkan peranan yang kolektif untuk menjayakan program menangani isu ponteng. Pihak sekolah persiapkan iklim dan guru yang mampu membentuk dan membangun insan yang mempunyai unsur rohani dan jasad untuk di maksimakan kemampuan akalnya. PIBG menyedarkan ibubapa sebagai watak utama yang mencorak masa depan anak mereka. 

 YB Dr Halimah telah menyerahkan sejumlah RM35,000 kepada SMK Telok Gadong untuk keperluan sekolah yang memerlukan ruang selesa untuk perhimpunan sekolah dan juga surau yang lebih besar untuk memenuhi keperluan pembangunan spiritual yang berkesan.
   Difahamkan pencapaian akademik SPM 2011 juga telah meningkat daripaa 79% hingga 88.8% lulus.

SKUAD ANTI PONTENG SEKOLAH ini akan ditumpukan kepada waktu-waktu ‘prime’ iaitu pagi 7.30-8.30, dan 12.30-1.30tgh dan 4-5ptg. Maka skuad ini akan bertugas waktu itu mengikut kesesuaian masa masing-masing ahlinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: