drhalimahali

ADUN Selat Klang raikan peserta pertandingan memancing GP Selangor bersama MB

In Uncategorized on April 16, 2012 at 7:41 am

 15.4.12
Tanjong Harapan,
KLANG

YAB MB Selangor merasmikan penutupan program pertandingan memancing GP Selangor 2012 di Tanjong Klang yang telah menarik 1300 peserta.
Yang paling menarik, peserta ini disertai oleh ahli keluarga mereka yang memberi sokongan moral kepada mereka.
  Memancing kali ini adalah ikan laut berlainan daripada pertandingan di tempat lain di mana ikan di lepaskan dalam tasik dsb. Ini ikan bebas dan memang ‘ori’.

Hadiah -paling menarik disediakan disamping hadiah cabutan bertuah.
Ramai anak muda yang ikut serta dalam pertandingan ini.

 Pertandingan motorsikal dan kereta yang dihiasi juga sebagai ‘added value’ program. Program yang cuba menawar program alternatif  yang positif dan membina kemesraan keluarga. Ini juga adalah antara memulihkan imej Tanjong Klang yang selama ini dikaitkan dengan perkara negatif yang kurang bermoral.

Kehadiran YAB MB melonjakkan lagi keceriaan para peserta yang setia menunggu. Program di bawah EXCO Pertanian Dr Yakop Sapari turut dihadiri oleh EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: