drhalimahali

MCA tidak faham: kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR bukan BN.

In Uncategorized on April 20, 2012 at 4:38 am
Tiada duit S’gor untuk kempen Pakatan

Kerajaan Selangor menafikan rancangannya mengadakan pilihan raya negeri tidak serentak dengan Pusat bertujuan untuk menggunakan sumber negeri bagi membantu kempen Pakatan Rakyat di negeri lain.

NONE“Exco nak dapat satu sen pun susah, ni nak bagi dekat negeri-negeri lain,” kata exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali sambil diiringi gelak ketawa rombongan Selangor bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuma tersenyum ketika diajukan soalan sama ketika ditemui pemberita selepas sesi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih.

“Saya tak nak jawab perkara itu,” jawapnya ringkas.

Majlis Pimpinan Pakaran semalam mencadangkan Selangor supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihan raya umum ke-13 sehingga daftar pemilih negeri itu tidak dibersihkan.

NONETimbalan Bendahari MCA Selangor Lee Ban Seng pula hari ini mendakwa Pakatan cuba menggunakan sumber Selangor untuk membiayai program parti di negeri lain.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor pimpinan PKR seolah-olah menjadi “mesin ATM” kepada Pakatan.

Sementara itu, seorang lagi exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail pula hanya menambah ringkas dengan berkata: “MCA memang macam itu.”

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri membincangkan soal pilihan raya berasingan dengan Pusat, Khalid berkata perkara tersebut tidak dibincangkan.

NONE“Kami tidak membincangkan perkara tersebut… Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasingan),” kata Khalid.

Pertemuan rombongan kerajaan negeri yang turut disertai Speaker Datuk Teng Chang Khim berlangsung selama lebih dua jam berakhir 5.30 petang tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: