drhalimahali

In Uncategorized on April 25, 2012 at 9:08 pm

 Ayat Cinta Isa Samad berkaitan penyenaraian FELDA di Bursa Kuala Lumpur.:
“Kalau tunggu ambil masa lama sedangkan kita masa terhad,”
“Itu boleh bincang, kita Felda ini saudara mara semuanya,”

Buah fikiran  Mohd Azmi Abdul Hamid di SINI

FGVH akan disenarai tanpa KPF

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak akan menyertai penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebagai pemegang saham.

Sebaliknya, bahagian peneroka itu akan dipegang oleh satu badan amanah yang akan diumumkan kelak, kata Isa dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, golongan peneroka akan mendapat lebih keuntungan melalui langkah tersebut.

Katanya, langkah alternatif itu diambil memandangkan Felda kesuntukan masa untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Katanya, badan yang akan diumumkan Suruhanjaya Sekuriti dalam draf prospektus berkenaan, dijangka akhir minggu ini, mungkin berupa tabung amanah atau badan yang memegang saham berkenaan bagi pihak KPF.

Katanya lagi, tindakan itu juga dibuat kerana KPF mengemukakan tawaran balas, melibatkan soal struktur dan terma yang dipohon.

“Buat masa ini KPF tidak dapat sertai penyenaraian yang dibuat.

Tambahnya, langkah penyenaraian itu sebelum ini tergendala berikutan injuksi ex parte yang dikemukakan lapan orang pemegang saham KPF.

Jelasnya, FGVH perlu mengemukakan akaun baru kepada Suruhanjaya Sekuriti sekiranya melepasi sasaran penyenaraian pada akhir Jun.

“Kalau tunggu ambil masa lama sedangkan kita masa terhad,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa peneroka berkenaan akan mendapat keuntungan lebih daripada penyenaraian tersebut.

Jelasnya, selain mendapat dividen melalui KPF, peneroka berjumlah lebih 112,000 orang itu akan memperoleh dividen daripada keuntungan FGVH.

Peneroka itu juga mempunyai pilihan untuk membeli saham berkenaan, kata Isa lagi.

“Itu boleh bincang, kita Felda ini saudara mara semuanya,” katanya.

Isa juga yakin tindakan kerajaan Kelantan menghantar notis bantahan kepada Suruhanjaya Sekuriti tidak akan menjejaskan penyenaraian tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan hanya memiliki tanah dalam jumlah yang kecil, berbanding negeri lain.

 Salhan K Ahmad/ Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: