drhalimahali

PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin

In Uncategorized on April 30, 2012 at 8:02 am

29.4.12
DEWAN JUBLI PERAK
SUK
SHAH ALAM

Anak Selangor yang berasal daripada keluarga yang miskin sentiasa mendapat perhatian dan menjadi paksi perkiraan kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR dalam menentukan agihan hasil mahsulnya.
Dengan konsep merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu ikhtiar serius kerajaan yang untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk Selangor dengan memfokus kepada ruang dan potensi terbaik bagi mengeluarkan keluarga miskin daripada kepompong kemiskinan. Semua pihak bersetuju bahawa pelaburan kepada pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang ke arah menjamin masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda keluarga tersebut.

Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menepati permintaan pasaran terkini, anak daripada keluarga miskin ini akan sekurang-kurangnya mendapat pekerjaan yang lebih terjamin dan diharapkan melepaskan mula-mula dirinya daripada belenggu kemiskinan yang lazimnya menjadi tradisi keluarga berkenaan. Kitaran kemiskinan keluarga boleh dihentikan dengan pendidikan yang berkualiti dengan menghasilkan modal insan yang produktif.
Rasional seterusnya, anak yang sudah mendapat pekerjaan ini sekurang-kurangnya boleh menyumbang kembali kepada keluarga yang telah megasuh dan mendidik beliau hingga dewasa.Ini akan menaikkan status ekonomi secara purata keluarga tersebut.Lebih-lebih lagi kalau seramai mungkin anak keluarga miskin ini berjaya dijadikan modal insan yang berkesan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan PAKATAN RAKYAT negeri Selangor tidak ragu-ragu memperkenalkan dasar membantu pelajar calon SPM semenjak tahun 2011 untuk memberi kelas tambahan PERCUMA kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 3.45 juta setahun khusus untuk program pendidikan tambahan PERCUMA ini.
Dijalankan secara sistematik dan dilantik KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN(KPMI) untuk setiap 56 DUN di seluruh negeri Selangor yang mengendalikan seramai 100 pelajar setiap DUN. Kos bayaran untuk guru, premis dan pemantauan serta proses dokumentasi serta pembangunan syakhsiyyah ditanggung oleh kerajaan Selangor.

 Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsangkan di mana pelajar yang terpilih yang rata-ratanya berasal dari pelajar kategori sederhana bila diberi sedikit ruang dan peluang untuk menggilap potensi mereka , ada yang mencapai 5A, 7A 8A bahkan ada yang memperolehi 10A.
Ketekunan guru-guru yang berbakti dan koordinator sebagai pembimbing dan pembentuk memberi impak besar kepada masa depan mereka.
Target kerajaan negeri ialah untuk pelajarnya mendapat sekurang-kurang 5kredit dalam SPM untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran ke IPT.

 Bukan sekadar bagus keputusan SPM tetapi yang sangat penting dari perspektif kerajaan Selangor juga ialah akhlak mereka dan mengesan kecenderungan ke arah perkara yang negatif. Bagi kelompok yang memang sudah terlalu jauh ketinggalan daripada segi literasi mereka akan dikenalpasti untuk dislaurkan kepada  jurusan bersifat latihan kemahiran untuk menjamin mereka mempunyai sumber rezeki yang halal dan punca pendapatan yang tetap.


 Majlis pelancaran PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) telah selamat disempurnakan oleh YAB MB SELANGOR. Turut hadir YB Dr Che Rosli ahli Parlimen Hulu Langat.
Anugerah pelajar cemerlang juga diberikan kepada mereka yang menunjuk peningkatan drastik dalam pencapaian SPM.Justeru diingatkan konsepnya ialah menghargai usaha dan ketekunan para pelajar PTRS suapay menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang serupa dengan diri mereka. 

 Alhamdulillah dalam majlis yang ringkas itu, penuh dewan jubli Perak dengan sebahagian pelajar PTRS sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga.
Doa di pimpin oleh pelajar PTRS SMK IJOK.
Koordinator Pembanguan Modal Insan cemerlang pula daripada DUN MERU dan Tanjong Sepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: