drhalimahali

AHLI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MOHON RUJUK AL QURAN DAN HADITH

In Uncategorized on May 7, 2012 at 1:17 am

Tahniah diucapkan kepada ahli majlis fatwa kebangsaan kerana begitu prihatin dan bertanggungjawab mengenai isu-isu yang melibatkan umat Islam. Dicadangkan ahli majlis rujuk semula dan muzakarah sesama sendiri atau rujuk sahabat-sahabat mereka di luar negara,  lebih aula  lagi Ulama’ Muktabar atau ulama’ haraki . Tolonglah buka kitab-kitab fiqh muamalat dan siasah syar’iah jika sudah lupa kuliah masa muda2 dulu. Teruskan usaha amar ma’ruf nahyu anil munkar tanpa memilih bulu. Jangan lupa mengikuti perkembangan semasa daripada sumber-sumber yang sahih dan tidak fasik. Laa taufiqi illa billah.

Demo cetus huru-hara haram, kata j’kuasa fatwa

 Mei 6, 2012
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

“Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

“Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya,” katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

“Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: